Tadabbur, atau proses mendalami dan menghayati setiap bait-bait ayat surah dalam Al-Quran merupakan aktiviti ‘healing’ yang ramai orang tidak lakukan. Terutama bagi anda yang selalu gelisah, overthinking dan kerap berdebar, ayat penenang hati ini mampu untuk merawat secara lembut.
Malah, jika dihayati dengan penuh rasa rendah diri, air mata pun boleh mengalir tanpa kita sedari maka di saat itulah rasa gelisah tadi akan hilang dengan kuasa Allah SWT.
Baca juga: Rasa Berdebar & Kerap Sakit Kepala? Ini Tanda Anda Kena Mandi Air Garam Untuk Aura Positif!
5 AYAT PENENANG HATI DALAM AL-QURAN, HILANG RESAH DAN ‘OVERTHINKING’

Tadi saya cari-cari ayat al-Quran untuk ditadabbur bagi orang yang ‘overthinking’, tengah risau, tengah berdebar-debar, tengah ‘struggle’ nak buat keputusan sebab ada beberapa orang yang tanya. Situasi ini biasa kalau anak kita baru pindah sekolah, kita baru pindah tempat kerja. Ada beberapa ayat tapi yang ‘hook’ saya adalah al-Taubah ayat 51.
1. Al-Taubah ayat 51
قُل لَّن يُصيبَنا إِلّا ما كَتَبَ اللَّهُ لَنا هُوَ مَولىٰنا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ
Katakanlah: “Sekali-kali tidak akan menimpa kita melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kita. Dialah Pelindung kita, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal”.
Ayat ini menekankan tawakal kepada Allah. Seseorang yang sering overthinking boleh merenung ayat ini untuk menyedari bahawa segala yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah, dan mereka hanya perlu bertawakal, bukan bimbang secara berlebihan.
2.Al-Hadid ayat 22
ما أَصابَ مِن مُّصيبَةٍ فِي الأَرضِ وَلا في أَنفُسِكُم إِلّا في كِتٰبٍ مِّن قَبلِ أَن نَّبرَأَها ۚ إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرٌ
Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Jangan lupa baca link untuk ayat ini di atas untuk faham setiap musibah telah tertulis dan tidak perlu risau dan takut. Bersedia dan bergantung kepada Allah.
3.Al-Hadid ayat 23
لِّكَيلا تَأسَوا عَلىٰ ما فاتَكُم وَلا تَفرَحوا بِما ءآتٰكُم ۗ وَاللهُ لا يُحِبُّ كُلَّ مُختالٍ فَخورٍ
(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.
4.Ali Imran ayat 173
الَّذينَ قالَ لَهُمُ النّاسُ إِنَّ النّاسَ قَد جَمَعوا لَكُم فَاخشَوهُم فَزادَهُم إِيمَٰنًا وَقالوا حَسبُنَا اللَّهُ وَنِعمَ الوَكيلُ
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.
Hujung ayat ini adalah yang selalu disebut oleh saudara-saudara kita di Gaza. Kita baca dan tadabbur.
5.Al-Baqarah 216
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تَكْرَهُوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَعَسٰٓى اَنْ تُحِبُّوْا شَيْـًٔا وَّهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لَا تَعْلَمُوْنَ ࣖ
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Ayat ini pun saya suka. Punca kita risau sesuatu kerana kita takut apa yang kita buat ada kesan yang kita tak suka. Tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

*Boleh cuba amalkan setiap masa supaya cepat untuk kita nikmati kata-kata yang disampaikan oleh Sang Pencipta..
Baca juga: Tanda-Tanda Anxiety Yang Anda Tak Sedar, Rupanya Tak Reply Whatsapp Pun…
Sumber: ورالعلياني منصرخ
