Euforia Bola 2026
Sponsored Post

30 Fakta Otak Yang setiap Ibu Bapa Perlu Tahu: Perkongsian Oleh 30 Orang Doktor

Otak merupakan pusat pembelajaran, emosi dan perkembangan anak. Walaupun kita tidak dapat melihat prosesnya secara langsung, perkembangan otak berlaku setiap hari melalui pengalaman, interaksi dan pemakanan yang mereka terima.

Sempena World Brain Day pada 22 Julai, berikut beberapa fakta menarik yang boleh membantu ibu bapa memahami perkembangan anak dengan lebih baik.

1. Otak kanak-kanak sentiasa belajar walaupun ketika bermain

Ramai yang menganggap bermain hanyalah aktiviti untuk mengisi masa lapang. Hakikatnya, bermain merupakan salah satu cara penting kanak-kanak belajar dan memahami dunia di sekeliling mereka.

Sama ada menyusun blok, bermain permainan imaginasi atau menyelesaikan teka-teki mudah, setiap aktiviti membantu mereka membina kemahiran berfikir, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.

Pada masa yang sama, mereka juga belajar untuk berkomunikasi, bekerjasama dan mengurus emosi ketika berinteraksi dengan orang lain.

2. Setiap pengalaman baharu membantu membentuk perkembangan otak

Setiap hari merupakan peluang pembelajaran baharu buat kanak-kanak. Daripada mencuba makanan yang berbeza hinggalah meneroka tempat baharu atau bertemu rakan-rakan, setiap pengalaman membantu mereka memahami perkara yang berlaku di sekeliling.

Pendedahan kepada pengalaman yang pelbagai bukan sahaja membantu meningkatkan perasaan ingin tahu, malah menggalakkan mereka untuk berfikir, bertanya soalan dan belajar daripada apa yang dilihat serta dialami sendiri.

3. Perbualan harian membantu perkembangan bahasa dan komunikasi

Tahukah anda bahawa perbualan mudah yang berlaku setiap hari sebenarnya memainkan peranan penting dalam perkembangan anak?

Aktiviti seperti berbual ketika makan bersama, bercerita sebelum tidur atau bertanya tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang hari dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran bahasa dan komunikasi.

Semakin banyak mereka mendengar dan berinteraksi, semakin banyak perkataan serta cara berkomunikasi yang dapat dipelajari.

4. Emosi yang positif membantu proses pembelajaran

Kanak-kanak belajar dengan lebih baik apabila mereka berasa selamat, disayangi dan disokong oleh orang di sekeliling.

Persekitaran yang positif dapat membantu mereka membina keyakinan diri untuk mencuba perkara baharu dan belajar daripada pengalaman. 

Apabila mereka berasa selesa untuk bertanya soalan, mencuba dan melakukan kesilapan, proses pembelajaran juga menjadi lebih menyeronokkan dan bermakna.

5. Otak memerlukan sokongan nutrisi setiap hari

Selain pengalaman, interaksi dan persekitaran yang positif, nutrisi juga memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

Pemakanan yang seimbang membantu memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan untuk menyokong pembelajaran, perkembangan kognitif dan aktiviti harian. 

Oleh sebab itu, pemilihan nutrisi yang sesuai merupakan antara perkara yang boleh diberi perhatian oleh ibu bapa dalam menyokong perkembangan anak secara menyeluruh.

Ini pilihan nutrisi untuk menyokong perkembangan minda anak 

Selain memastikan anak mendapat pengalaman pembelajaran yang positif setiap hari, ibu bapa juga boleh mempertimbangkan pilihan nutrisi yang dirumus khas untuk menyokong perkembangan minda mereka.

Bagi ibu bapa yang mencari pilihan nutrisi untuk menyokong perkembangan minda anak, Enfagrow A+ MindPro merupakan satu-satunya jenama dengan 8 nutrien sokongan minda yang menggabungkan MFGM Pro dan tahap DHA saranan pakar*.

Menyokong A+ Thinking, Focus & Learning Anak

Formulanya membantu menyokong A+ Thinking, Focus dan Learning, bagi membantu anak terus meneroka, memahami dan mempelajari perkara baharu setiap hari.

Selain itu, MFGM Pro membantu menyokong perkembangan otak dan kognitif kanak-kanak, serta memberikan manfaat IQ dan EQ untuk jangka panjang.

Dengan 3 hidangan sehari, Enfagrow A+ MindPro juga membantu memenuhi tahap DHA harian yang disyorkan pakar**.

Tidak hairanlah ia turut menjadi jenama No. 1 yang disyorkan pakar di Malaysia***, menjadikannya antara pilihan yang dipercayai oleh ibu bapa dalam menyokong perkembangan anak mereka.

Ketahui lebih banyak fakta menarik tentang perkembangan otak anak

Sempena Hari Otak Sedunia (22 Julai), ikuti 30 fakta menarik tentang perkembangan otak kanak-kanak yang dikongsikan oleh 30 orang doktor.

Siri ini menghimpunkan pelbagai perkongsian berasaskan pandangan pakar bagi membantu ibu bapa memahami bagaimana otak anak berkembang, belajar dan membina potensi mereka setiap hari.

Tonton siri 30 Brain Facts di sini

Nantikan lebih banyak perkongsian menarik sempena Hari Otak Sedunia dan terokai pelbagai fakta yang boleh membantu anda menyokong perkembangan minda si manja pada tahun-tahun awal kehidupan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Enfagrow A+ MindPro Step 3 dan Enfagrow A+ MindPro Step 4, layari laman web rasmi Enfagrow Malaysia. 

Bagi ibu bapa yang ingin mencuba, boleh dapatkan sampel Enfagrow A+ MindPro Step 3 (120g) hari ini.

Rujukan:
1) Dobbing J, Sands. Arch Dis Child.
2) Ge1. Data on file. Nutrition information panel on Enorgieff MK. AM J Clin Nutr.
3) Harvard University. Brain Architecture.
Penafian:
*Compared to key growing up milk brands in the market as of May 2023.
Enfagrow A+ MindPro contains 8 types of brain-building nutrients from DHA and MFGM Pro. Research shows MFGM contain 7 types of brain lipids from milk. Reference: Rombaut et al. (2007), 90(4), 1662-1673.
**Meet expert recommended daily DHA intake by 3 servings per day. The Joint FAO/WHO Expert Consultation on Fats and Fatty Acids in Human Nutrition recommends daily dietary DHA intake of 10-12mg/kg body weight for children 12-24 months or 100-150mg DHA+EPA for children 2-4 years old. Reference: FAO 2010. Fats and fatty acids in human nutrition. Report of an expert consultation. FAO Food and Nutrition Paper no. 91. FAO: Rome.
***Claim based on 2023 MJN HCP Brand Health Tracker – wave 9 Report.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×