Euforia Bola 2026
Sihat

Ramai Tak Sedar, 7 Makanan Tak Manis Tapi Ini Rupanya Antara Punca Gula Darah Mudah Naik

gula tinggi

Bila sebut makanan gula tinggi, ramai terus bayangkan kek, coklat atau air manis. Hakikatnya, ada juga beberapa makanan yang rasanya tidak manis tetapi tetap boleh menyebabkan paras gula darah naik dengan cepat jika diambil secara berlebihan.

Baca juga: “Tak Banyak, Tapi Saya Ikhlas” – Murid Darjah 2 Tinggal Nota & RM1 Atas Meja Guru, Buat Ramai Berair Mata

7 MAKANAN TAK MANIS TAPI GULA TINGGI

Paras gula darah naik dengan cepat biasanya berlaku kerana makanan tersebut tinggi karbohidrat ringkas, tepung halus atau kanji yang mudah dipecahkan menjadi glukosa dalam badan.

Sebab itu, walaupun rasanya biasa-biasa sahaja, kesannya pada gula darah tetap perlu diberi perhatian terutama bagi individu yang mengawal berat badan, ada masalah insulin resistance atau diabetes.

Berikut ialah 7 makanan yang nampak “selamat”, tetapi sebenarnya boleh menyebabkan kepada kenaikan gula dalam badan.

1. Roti putih

gula tinggi

Foto: Magnific

Roti putih antara makanan sarapan paling mudah dan cepat disediakan.

Namun, ia diperbuat daripada tepung putih yang telah diproses, sekali gus menyebabkan kandungan seratnya rendah.

Apabila serat rendah, badan lebih cepat menghadamkan karbohidrat tersebut lalu menukarkannya kepada glukosa.

Sebab itu, roti putih boleh membuatkan gula darah naik dengan lebih cepat berbanding roti gandum penuh atau roti tinggi serat.

2. Minuman “zero calorie sugar”

gula tinggi

Foto: Magnific

Ramai memilih kopi atau minuman berlabel “zero calorie sugar” kerana menyangka ia lebih sihat.

Walaupun ada produk yang tidak menggunakan gula biasa, sesetengahnya masih mengandungi pemanis alternatif atau bahan tambahan lain yang memberi kesan berbeza kepada tubuh.

Selain itu, jika minuman tersebut dicampur dengan krimer, susu pekat, sirap atau bahan perisa tertentu, kandungan karbohidrat dan kalorinya tetap boleh meningkat.

Jadi, label “zero sugar” tidak semestinya bermaksud minuman itu sesuai diambil tanpa had.

3. Bihun

gula tinggi

Foto: Gemini AI

Bihun mungkin nampak ringan dan tidak manis, tetapi ia tetap tergolong dalam kumpulan karbohidrat bertapis.

Makanan seperti ini boleh mempunyai indeks glisemik yang tinggi, terutama jika diambil dalam kuantiti banyak tanpa seimbangkan dengan sayur, protein dan serat.

Maksudnya, bihun tetap berpotensi menyebabkan gula darah meningkat walaupun rasanya tidak manis.

Lebih-lebih lagi jika dimasak sebagai bihun goreng yang turut mengandungi minyak dan sos tambahan.

4. Kentang goreng

gula tinggi

Foto: Gemini AI

Kentang sememangnya sumber karbohidrat, tetapi apabila digoreng, ia bukan sahaja tinggi kanji malah turut mengandungi lemak dan kalori yang lebih tinggi.

Kanji dalam kentang mudah dipecahkan menjadi gula dalam badan.

Jadi, walaupun ia tidak manis, kentang goreng tetap boleh menyumbang kepada lonjakan gula darah, terutama jika dimakan dalam jumlah besar atau dijadikan snek harian.

5. Bijirin sarapan

gula tinggi

Foto: Magnific

Bijirin sarapan sering dipasarkan sebagai pilihan sihat dan praktikal.

Namun begitu, tidak semua bijirin sesuai diambil setiap hari.

Ada produk yang tinggi karbohidrat proses, rendah serat dan mengandungi gula tambahan walaupun pembungkusannya nampak “fit” atau “healthy”.

Sebab itu, penting untuk semak label pemakanan sebelum membeli

6. Keropok

gula tinggi

Foto: Magnific

Keropok sering dianggap sekadar kudapan ringan, tetapi kebanyakannya diperbuat daripada tepung, kanji atau campuran bahan berkarbohidrat tinggi.

Bila dimakan, bahan-bahan ini akan dihadam dan ditukar menjadi glukosa.

7. Roti canai

gula tinggi

Foto: Magnific

Roti canai memang sukar ditolak, lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas waktu sarapan.

Namun, makanan ini dibuat menggunakan tepung putih dan biasanya mengandungi jumlah lemak yang agak tinggi.

Gabungan tepung halus dan lemak ini menjadikan roti canai bukan sahaja tinggi kalori, malah boleh memberi kesan kepada paras gula darah jika diambil terlalu kerap.

Lebih membimbangkan apabila ia dimakan bersama kuah dal, kari atau minuman manis sebagai pelengkap.

Boleh makan, tetapi berpada-pada

Bukan bermaksud semua makanan di atas perlu dielakkan terus. Yang lebih penting ialah cara pengambilan, saiz hidangan dan kekerapan.

Jika diambil sekali-sekala dalam jumlah sederhana, ia masih boleh dimasukkan dalam pemakanan harian.

Sebagai langkah lebih baik, cuba seimbangkan hidangan dengan sumber protein, sayur-sayuran dan makanan tinggi serat supaya penyerapan gula berlaku dengan lebih perlahan.

Pada masa sama, biasakan diri membaca label pemakanan agar lebih peka dengan kandungan sebenar makanan yang kita ambil.

Baca juga: Kenapa Anak Suka Menjerit Bila Tak Dapat Apa Yang Dimahu? Ini Penjelasan Pakar

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×