Euforia Bola 2026
Sihat

“Lelaki Pun Boleh Jadi Punca”- LPPKN Sedia Klinik Kesuburan Khas Lelaki, Pemeriksaan Ada Ruang Privasi Terjamin!

ujian kesuburan

Ramai pasangan menganggap masalah sukar mendapatkan zuriat berpunca daripada wanita. Hakikatnya, faktor kesuburan lelaki juga memainkan peranan penting, sebab itu ujian kesuburan wajar dilakukan lebih awal bagi mengesan sebarang masalah reproduktif.

Baca juga: Usia Baru 14 Tahun Pun Boleh Kena! Diabetes Jenis 2 Kini Semakin Kerap Dikesan Dalam Kalangan Belia, AWAS!

UJIAN KESUBURAN DITAWARKAN DI KLINIK KESEJAHTERAAN LELAKI

ujian kesuburan

Foto: Gemini AI

Bagi meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan reproduktif lelaki, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyediakan Klinik Kesejahteraan Lelaki yang menawarkan pelbagai pemeriksaan kesihatan termasuk saringan kesuburan dalam suasana yang lebih selesa dan mesra pelanggan.

Menurut Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Noordin, inisiatif tersebut berjaya menarik lebih ramai lelaki menjalani saringan kesihatan reproduktif sekali gus membantu menghapuskan stigma bahawa masalah mendapatkan zuriat hanya berpunca daripada wanita.

Beliau berkata, ramai yang masih tidak menyedari bahawa masalah kesuburan juga boleh berpunca daripada lelaki.

Sebenarnya tanpa kita sedari, masalah kesuburan ini boleh berpunca daripada lelaki. Jadi kemudahan yang disediakan oleh LPPKN ini amat baik untuk membantu mereka mendapatkan pemeriksaan dan nasihat awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Melaka 2026 dan Program Advokasi Kesejahteraan Lelaki dan Wanita (WCare) di Melaka.

Bukan sekadar ujian kesuburan

Selain pemeriksaan kesuburan, Klinik Kesejahteraan Lelaki turut menyediakan pelbagai saringan kesihatan asas yang penting untuk golongan lelaki, antaranya:

  • Pemeriksaan tekanan darah.
  • Ujian paras glukosa dalam darah.
  • Saringan kesihatan reproduktif.
  • Khidmat nasihat berkaitan kesihatan lelaki.
  • Pemeriksaan awal bagi mengesan masalah kesihatan.

Menurut Datuk Kalsom, pemeriksaan awal bukan sahaja penting untuk kesihatan individu, malah memberi kesan kepada kesejahteraan keluarga serta institusi masyarakat secara keseluruhan.

Masih ramai lelaki malu jalani pemeriksaan

Sementara itu, Pengarah LPPKN Melaka, Suszma Khairitszi Mamat berkata cabaran utama ketika ini ialah masih ramai lelaki berasa malu atau segan untuk hadir mendapatkan pemeriksaan.

Bagi mengatasi perkara tersebut, LPPKN mengambil pendekatan turun padang melalui pelbagai program advokasi bagi memberi penerangan kepada masyarakat sebelum mereka hadir ke klinik.

Menurut beliau, usaha itu mula menunjukkan perkembangan positif apabila semakin ramai lelaki tampil mendapatkan pemeriksaan sejak tahun lalu.

Sehingga kini, seramai 16 lelaki telah menjalani ujian saringan di Klinik Kesejahteraan Lelaki di Melaka dan pihak LPPKN menyasarkan 100 penyertaan menjelang penghujung tahun 2026.

Klinik lebih kondusif dan menjaga privasi

ujian kesuburan

Foto: Gemini AI

Bagi menggalakkan lebih ramai lelaki hadir mendapatkan pemeriksaan, Klinik Kesejahteraan Lelaki diwujudkan dengan konsep yang lebih kondusif, selesa serta menjaga privasi pelanggan.

Pendekatan ini membantu golongan lelaki mendapatkan pemeriksaan, rawatan awal dan khidmat nasihat pakar tanpa rasa janggal atau malu.

Peranan lelaki sama penting dalam perancangan keluarga

Kesuburan bukan hanya isu wanita semata-mata. Pakar kesihatan menegaskan bahawapemeriksaan kesuburan sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua pasangan sekiranya menghadapi kesukaran mendapatkan zuriat.

Dengan adanya kemudahan seperti Klinik Kesejahteraan Lelaki, diharapkan lebih ramai lelaki tampil menjalani pemeriksaan awal supaya sebarang masalah kesihatan atau reproduktif dapat dikenal pasti dan dirawat lebih awal demi kesejahteraan keluarga.

Baca juga: Impian Terakhir Bapa Hidap Kanser Bawa Anak Ke Taman Tema Air Tercapai, Meninggal Dunia Selepas Pulang

Sumber: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×