Seorang wanita berusia 29 tahun, yang mengamalkan pemakanan sihat secara teratur, baru-baru ini didiagnosis dengan kanser usus atau kolorektal tahap 4.
Dalam satu hantaran di Instagram pada 30 Julai, Monika Choudhary berkongsi kisah hidupnya dan menjadi satu peringatan buat mereka yang menyangka pemakanan sihat semata-mata boleh menghalang masalah kesihatan serius.
Baca juga: Darah Tinggi Boleh Jadi ‘Silent Killer’, Sebelum Jadi Mangsa Cegah Guna Coklat Ini!
ALAMI KANSER USUS TAHAP 4 WALAUPUN DIET, RUPANYA SEBAB BURNOUT

Monika berkongsi bagaimana beban kerjanya perlahan-lahan menjejaskan kesihatan diri, walaupun dia sudah lama mengamalkan gaya hidup sihat.
“Saya memang jenis yang sangat jaga kesihatan. Makan pun memang jaga, tak suka makanan berminyak atau bergoreng. Tapi bila saya mula bina laman web sendiri, saya tak sangka kerja itu sangat memenatkan dan mengambil banyak masa serta tenaga,” tulisnya di Instagram.
Dia juga menceritakan aya hidupnya kini berubah secara perlahan-lahan daripada seorang yang aktif kepada individu yang semakin kurang bergerak dan jarang meluangkan masa di luar rumah. Perubahan ini sangat ketara jika dibandingkan dengan rutin harian yang diamalkannya sebelum ini.
“Dulu, saya sangat aktif. Setiap petang saya akan keluar berjoging. Itu cara saya lepaskan tekanan dan jaga kesihatan mental. Tapi bila kerja semakin sibuk, saya mula ketepikan perkara-perkara yang penting untuk diri saya,” jelasnya.
Monika turut menjelaskan bahawa apabila beban kerja semakin bertambah, dia terus meletakkan kerjayanya sebagai keutamaan. Setiap kali badan memberi isyarat seperti rasa letih yang melampau, ketidakselesaan dan keresahan, dia hanya menyangka itu berpunca daripada tekanan kerja atau kurang tidur.

Freepik
Segala-galanya berubah apabila dia disahkan menghidap kanser usus atau kolorektal tahap 4, satu diagnosis yang datang secara mengejut dan benar-benar mengubah hala tuju hidupnya.
Pada usia yang masih muda dan dengan gaya hidup yang kelihatan sihat dari luar, berita itu menjadi tamparan hebat yang membuka matanya terhadap realiti sebenar kesihatan diri.
“Kalau saya diberi peluang untuk undur masa, saya akan utamakan diri saya lebih awal. Tapi kadang-kadang kita tak sedar yang kita tengah abaikan diri sendiri, sehinggalah badan ‘paksa’ untuk berhenti. Kesihatan bukan sesuatu yang boleh ditangguh-tangguh,” luahnya.
Baca juga: Makin Ramai Orang Muda Kena Strok & Pendarahan Kepala! Ternyata INI Punca Utamanya…
Sumber: NDTV
