Euforia Bola 2026
Inspirasi

Baru Umur 12 Tahun Dah Cekap Jadi Penjaga Ibu & Nenek Sakit Kanser, Rayyan ‘Wira Kecil’ Keluarga

budak 12 tahun jaga ibu

Siapa sangka, dalam usia baru mencecah 12 tahun, Muhammad Rayyan Qalbi Mohd Shukri bukan sekadar bergelar murid Tahun Enam, tetapi juga menjadi ‘wira kecil’ yang setia menjaga ibu, nenek dan datuknya yang kini terlantar sakit. Satu ‘pemandangan’ yang janggal bagi budak 12 tahun jaga ibu…

Ternyata, kisah ini menyentuh hati ramai dan dipuji kerana adik ini juga tidak meninggalkan pelajarannya.

Baca juga: Dua Kadet Malaysia Cipta Sejarah, Terpilih Ke Akademi Ketenteraan Terkemuka Amerika Syarikat!

BUDAK 12 TAHUN JAGA IBU DAN NENEK HIDAP KANSER, DATUK UZUR

budak 12 tahun jaga ibu

Foto: Harian Metro

Menurut kisah yang dikongsikan menerusi Harian Metro, setiap pagi seawal jam 6, Rayyan bangun dan menyediakan makan minum untuk ibunya, Nurul Jannah Abdul Rahman, 35, yang kini bertarung nyawa melawan kanser ovari tahap empat. Pulang dari Sekolah Kebangsaan (SK) Megat Dewa, Kodiang, dia menyambung tugas sebagai penjaga utama di rumah kecil neneknya di Kampung Telaga Jambu, Mukim Padang Perahu.

Bukan ibunya sahaja yang uzur malah neneknya, Munah Musa, 73, turut menghidap kanser usus, manakala datuknya pula lemah pendengaran dan mengalami gejala demensia.

“Saya cuma ada umi… bila tahu umi sakit, saya sangat sedih. Saya janji nak jaga umi sampai dia sembuh sebab dia satu-satunya yang saya ada,” luah Rayyan dengan mata sayu namun penuh azam.

Sangat menyentuh hati apabila diberitahu bahawa Rayyan tidak pernah merungut. Malah, dia sudah terbiasa memasak nasi dan menggoreng telur untuk ibunya yang merupakan antara hidangan ringkas yang mampu disediakan demi memastikan umi tidak kelaparan.

Keluarga kecil itu berpindah ke rumah nenek sejak Oktober tahun lalu selepas ibu bapanya berpisah. Sejak itu, Rayyan menjadi harapan utama buat ibunya yang semakin lemah.

IBU SAKIT TAPI TINGGAL TOLONG RAYYAN ULANG KAJI PELAJARAN

budak 12 tahun jaga ibu

Foto: Harian Metro

Nurul Jannah disahkan menghidap kanser ovari tahun lalu, yang kini telah merebak ke hati, selain turut mengalami masalah jantung. Dia pernah menjalani tiga pusingan kemoterapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, yang berjaya mengurangkan sel kanser, namun penyakitnya kembali aktif baru-baru ini.

“Saya pernah tangguh rawatan beberapa kali kerana perlu menjaga emak saya yang juga pesakit kanser usus sejak 2017. Kini saya pula jatuh sakit… dan Rayyan yang banyak bantu saya. Dialah semangat saya,” katanya nada sebak.

Meskipun keadaan kesihatan semakin merosot, Nurul Jannah tetap gagah memandu ke hospital bagi menjalani rawatan susulan, dan kini dijadualkan untuk sembilan lagi pusingan kemoterapi.

Malam hari, ibu ini akan membantu Rayyan mengulang kaji pelajaran. Anak kecil itu bukan sahaja cekap memasak telur dan nasi goreng, malah tidak pernah lupa memicit badan ibunya sebelum tidur.

“Saya cuma nak umi sihat balik… saya akan tolong apa yang saya mampu,” kata Rayyan, penuh tekad.

*Jadi, bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank 152069067273 atas nama Nurul Jannah Abdul Rahman. Semoga bantuan anda semua diberkati, aamin…

Baca juga: Nak Anak Masuk MRSM 2026 Pastikan Letak Sebagai Pilihan Pertama, Ini Cara Baru Permohonan Diproses

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×