Euforia Bola 2026
Sihat

Makan Daging ‘Unlimited’, Risiko Kanser Usus Menanti! Memang Sedap Tapi Hanya Bahayakan Diri

daging merah

Trend gaya hidup masa kini, khususnya budaya “food hunting”, menjadi sebahagian rutin sosial golongan muda. Hujung minggu dihabiskan dengan makanan berasaskan daging merah berasaskan barbeku, wagyu, mookata hingga hidangan bakar tanpa had.

Pengambilan daging merah dan daging proses secara berlebihan, terutamanya yang dimasak pada suhu tinggi hingga hangus, sebenarnya mempunyai kaitan dengan risiko kesihatan usus.

Baca juga: Bawang Merah Tompok Hitam Tanda Ada Kulat, Kena Basuh Macam Ini Dulu Sebelum Nak Guna!

DAGING MERAH ‘UNLIMITED’, DERITA DI USUS

DAGING MERAH

Freepik

Kajian sains mendapati beberapa faktor utama yang menyumbang kepada risiko kanser usus:

1. Daging hangus dan suhu tinggi

Apabila daging dibakar sehingga garing atau kehitaman, ia menghasilkan bahan kimia seperti Heterocyclic Amines (HCA) dan Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAH) yang boleh merosakkan DNA sel usus.

2. Daging proses sebagai karsinogen

Sosej, burger, pepperoni dan produk daging proses lain diklasifikasikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai karsinogen Kelas 1 kategori yang sama dengan asap rokok. Kandungan nitrat dan nitrit di dalamnya berpotensi mencetuskan perubahan sel abnormal.

3. Daging merah tanpa imbangan serat

Pengambilan daging merah secara kerap tanpa sayur-sayuran meningkatkan risiko kerana daging tidak mengandungi serat. Kekurangan serat melambatkan pergerakan najis, menyebabkan toksin berada lebih lama dalam usus dan meningkatkan risiko keradangan serta pembentukan polip.

Kanser usus pada peringkat awal jarang menyebabkan kesakitan teruk. Antara tanda yang tidak wajar diabaikan termasuk:

  • Kehadiran darah dalam najis walaupun sedikit
  • Perubahan pola membuang air besar
  • Rasa tidak puas selepas membuang
  • Penurunan berat badan tanpa sebab jelas
  • Najis berwarna gelap atau kehitaman
DAGING MERAH

Freepik

Pakar kesihatan menyarankan beberapa langkah mudah untuk menjaga kesihatan usus:

– Kurangkan pengambilan daging merah kepada tidak melebihi 500 gram seminggu.

– Hadkan makanan dibakar hingga hangus.

– Seimbangkan setiap hidangan daging dengan sayur dan buah.

Amalkan pengambilan serat yang mencukupi bagi membantu pembuangan sisa toksin.

Kesihatan usus adalah tanggungjawab individu kerana usia muda bukan jaminan bebas penyakit dan simptom kecil boleh menjadi petunjuk kepada masalah besar jika diabaikan.

Menyedari tanda awal serta mengubah gaya hidup adalah langkah penting untuk mencegah risiko yang lebih serius di kemudian hari.

Baca juga: Ayam Gepuk & Matcha, Makanan Viral 2025 Semuanya Tinggi Kalori & Gula! Jangan Sesekali Terjebak

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×