Euforia Bola 2026
Famili

Impian Terakhir Bapa Hidap Kanser Bawa Anak Ke Taman Tema Air Tercapai, Meninggal Dunia Selepas Pulang

pesakit kanser

Seorang bapa pesakit kanser usus akhirnya dapat merealisasikan impian terakhirnya untuk membawa anak-anak beriadah di Bangi Wonderland, Kajang sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Lebih menyentuh hati, lelaki tersebut, Hisham Reduan, 31, meninggal dunia dengan tenang selepas pulang daripada lawatan istimewa itu yang berjaya dilaksanakan dengan bantuan aktivis sosial, Chee Heng Kuan atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Baca juga: Penantian Hampir 8 Tahun Berakhir Dengan Ujian, Kisah Bayi Fahri Hanya Bertahan 45 Minit Undang Sebak..

BAPA PESAKIT KANSER MENINGGAL SELEPAS TUNAIKAN IMPIAN ANAK KE TAMAN TEMA

pesakit kanser

Foto: Facebook Chee Heng Kuan

Menerusi perkongsian di Facebook, Uncle Kentang memaklumkan hasrat terakhir Hisham diketahui selepas seorang doktor memberitahu bahawa lelaki itu ingin membawa tiga anaknya ke taman tema tersebut.

Walaupun ketika itu keadaan kesihatannya semakin lemah dan mudah berasa penat, Hisham tetap bersemangat untuk menunaikan impian berkenaan.

Ini adalah hasrat terakhirnya untuk membawa anak-anaknya ke Bangi Wonderland. Walaupun dia lemah dan cepat penat, kami berbincang dan ambulans kami membawanya ke sana,” katanya.

Bangi Wonderland Sambut Dengan Penuh Ihsan

Menurut Uncle Kentang, pihak Bangi Wonderland memberikan layanan yang sangat baik kepada Hisham dan keluarganya sepanjang kunjungan tersebut.

Malah, pihak taman tema itu turut tidak mengenakan sebarang bayaran sebagai tanda keprihatinan bagi membantu merealisasikan impian terakhir seorang bapa bersama anak-anaknya.

Kami dilayan dengan penuh mesra, belas ihsan dan semua kakitangan sangat membantu.

“Terima kasih kepada Mr Steven dan seluruh warga Bangi Wonderland kerana menjadikan perjalanan ini satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Kami tidak perlu membayar walau satu sen,” ujarnya.

Detik tersebut menjadi kenangan bermakna buat Hisham kerana dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya walaupun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Meninggal Dunia Dengan Tenang Selepas Pulang

pesakit kanser

Foto: Facebook Chee Heng Kuan

Tidak lama selepas berjaya menunaikan hasratnya, Hisham dilaporkan meninggal dunia dengan tenang selepas pulang dari Bangi Wonderland.

Uncle Kentang berkata, dia bersyukur kerana janji untuk membawa Hisham bertemu anak-anaknya di taman tema tersebut telah berjaya ditunaikan.

Tugas kami sudah selesai. Janji untuk membawanya ke Bangi Wonderland telah kami tunaikan. Semoga Allah merahmati rohnya dan takziah kepada seluruh ahli keluarganya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Uncle Kentang turut berkongsi bahawa Hisham sempat memberitahu dirinya berasa tenang ketika pertemuan terakhir mereka.

Dia beritahu saya dia tenang ketika bercakap dengan saya. Saya hanya mampu melakukan yang terbaik untuknya,” ujarnya.

Kisah Hisham mengundang rasa sebak ramai apabila seorang bapa tetap berusaha memberikan kenangan indah buat anak-anaknya walaupun sedang berdepan ujian kesihatan yang berat.

Semoga roh Allahyarham Hisham Reduan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Takziah buat seluruh ahli keluarganya.

Baca juga: Tular Anak Tarik Tudung Ibu, Pegang Objek Dipercayai Senjata Tajam Ugut Ibu Depan Pejabat Zakat

Sumber: Facebook Chee Heng Kuan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×