Euforia Bola 2026
Nur

Empat Waktu Ini Penuh Dengan Keberkatan, Rugi Kalau Buat Aktiviti ‘Lagho’

WAKTU PENUH KEBERKATAN

Menerusi perkongsian Faridah Mohd Ali di laman Facebook, dia ada kongsikan empat waktu penuh keberkatan yang patut diambil tahu oleh umat Islam.

Ketika empat waktu penuh keberkatan ini, dinasihatkan agar anda semua membaca doa kerana mempunyai banyak kelebihan dan dengan izinNya akan dimakbulkan.

Baca juga: Patung Labubu Semakin ‘Hot’, Rupanya Ini Asal Usul Sebenar. Memang Rugi Kalau Beli!

EMPAT WAKTU PENUH KEBERKATAN, JANGAN TERLEPAS

WAKTU PENUH KEBERKATAN

Empat waktu penuh keberkatan:

  • Menjelang azan Subuh
  • Setelah solat Subuh sampai terbit matahari
  • Menjelang azan Maghrib
  • Setelah solat Maghrib sampai solat Isyak

Pesanan dari Al Habib Quraisy Baharum, sesiapa yang betul-betul menjaga dan memperhatikan empat waktu ini, kerana kebanyakan manusia begitu banyak lalai, mengabaikan keberkatan dan kelebihannya, banyak bersikap sambil lewa kerana kesibukan kerja dan urusan hidup seharian.

Keempat-empat waktu ini sangat besar manfaatnya kepada kehidupan kita. Jika kita mampu dan berupaya menjaganya dengan baik dan serius memperhatikannya dalam hidup seharian kita, maka Allah akan mengurniakannya banyak kelebihan.

Antara kelebihannya adalah:

– Hari yang dillaluinya akan penuh dengan keberkatan dan kerahmatan daripada Allah SWT.

– Segala dosanya akan diampunkan oleh Allah SWT Yang Maha Mengampunkan.

– Pahala dan ganjaran dari ibadah dan kebaikannya akan dilipatgandakan oleh Allah SWT.

– Doanya akan dimakbulkan oleh Allah.

– Keluarganya akan diberikan sakinah oleh Allah SWT.

– Dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

– Rezekinya akan diluaskan.

– Hatinya sentiasa lapang, jiwanya sentiasa tenang.

– Diberikan banyak hikmah dalam hidup.

– Mendapat kematian yang husnul khatimah.

Semoga kita lebih lebih cermat menyusun waktu dan rutin harian, apa lagi bagi kita yang sudah melepasi zaman keterikatan dengan waktu kerja lapan pagi sehingga lima petang.

Semoga masih ada ruang untuk kita sentiasa memperbaiki keadaan hidup kita yang semakin pendek ini. Amin

Baca juga: Hukum Baca Al-Quran Tanpa Tutup Aurat & Tak Pakai Tudung, Tak Sangka Ini Jawapannya!

Sumber: Facebook Faridah Mohd Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×