Satu jam selepas Subuh adalah waktu yang tenang dan penuh keberkatan. Pada saat ini, lebih baik sekiranya anda mengambil peluang untuk melakukan perkara berfaedah seperti dikongsikan di bawah ini.
Memanfaatkan satu jam selepas Subuh dengan aktiviti yang berfaedah ternyata mampu membuatkan hari anda lebih positif dan produktif.
Baca juga: Viral Video Wanita Solat Tarawih Sambil Pegang Telefon, Mufti Jelaskan Hukumnya. “Boleh Tapi …”
‘RAHSIA’ SATU JAM SELEPAS SUBUH, HIDUP PUN BAHAGIA

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita. Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?
1. Jangan tidur lepas subuh
Tidur selepas subuh mengakibatkan pintu rezeki ditutup malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri
Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Selain itu, juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan
Makan sedikit di waktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti, segelas susu atau kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Baca al-Quran
Bukan sahaja membaca al-Quran, anda juga disarankan untuk sentiasa berzikir dan membaca selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di YouTube pun tak mengapa.
Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah. 1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna dan kita mampu melangkah lebih jauh serta bertenaga.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Doa ‘Magic’ Untuk Ketenangan Hati & Dimudahkan Urusan, Amalkan Selalu Pasti Ada Beza!
Sumber: Facebook
