Euforia Bola 2026
Famili

Ibu Tak Marah Tapi Dia Jauhkan Diri… Ini 5 Petanda Ibu Makan Hati Dengan Anak, Patutlah Hidup ‘Tak Berkat’

ibu terasa hati

Hubungan anak dan ibu tidak pernah putus, tetapi ada waktunya tanpa sedar perbuatan kita akan membuatkan ibu terasa hati. Kadang-kadang bukan sebab benda besar pun tapi hanya kata-kata yang terlepas, nada suara yang meninggi, atau perbuatan kecil yang kita anggap remeh.

Namun bagi seorang ibu, ini boleh meninggalkan rasa tercalar yang lama tersimpan.

Baca juga: Face ID iPhone Tak Berfungsi Lepas Pemilik Meninggal, Isteri Dedah Suami 40 Hari Sebelum Pergi Pun Dah Tak ‘Detect’

RAMAI TERLEPAS PANDANG, INI TANDA IBU TERASA HATI DENGAN ANAK

ibu terasa hati

Foto hiasan AI.

Ramai tak sedar, bila hati ibu terluka… perjalanan hidup anak pun terasa ‘berat’ seperti rezeki rasa sempit, hati tak tenang, dan usaha selalu rasa tak menjadi. Itu semua mungkin datang daripada rasa kecil hati seorang ibu yang tidak pernah diluahkan. Antaranya:

1. Mak Tiba-Tiba Senyap Dan Banyak Diam

Ibu biasanya paling banyak bercakap, paling cepat bertanya dan paling suka bercerita. Bila tiba-tiba dia diam, mengelak berbual atau jawab sepatah-sepatah, itu petanda sesuatu tak kena. Dia tak marah, cuma hatinya sedang pedih.

2. Nada Suara Mak Berubah, Walaupun Cuba Berlembut

Ada masa ibu tetap melayan kita macam biasa, tapi nada suaranya kedengaran tawar. Dia cuba sembunyikan rasa, namun perubahan kecil ini sebenarnya tanda hati ibu sedang memujuk diri.

3. Ibu Kurang Bertanya Tentang Anak

Jika biasanya dia rajin bertanya “Dah makan?” “Balik pukul berapa?” tapi tiba-tiba semua itu hilang, mungkin bukan sebab tak peduli. Dia cuma menjauh sedikit untuk menenangkan hati.

4. Ibu Elak Minta Tolong Dan Buat Semuanya Sendiri

Ibu yang terasa hati biasanya tak mahu menyusahkan anak. Walaupun nampak penat, dia tetap buat semuanya sendiri. Itu cara halus dia menunjukkan dia sedang membawa diri.

5. Ibu Masih Layan Tapi Jelas Nampak Jarak

Kadang-kadang ibu tetap masak, tetap melayan cucu, tetap senyum… tetapi senyumannya hilang ‘rasa’. Bukan sebab dia tidak sayang, tetapi sebab luka itu belum sembuh.

Perkataan Anak Yang Selalu Buat Hati Ibu Tersentuh Tanpa Sedar, Hilang Keberkatan Kalau Tak Dimaafkan

ibu terasa hati

Foto: freepik

Kadang anak tak berniat pun, tapi ayat-ayat seperti ini boleh buat mak makan hati:

“Mak tak faham…”

“Sibuklah mak ni…”

“Mak ni cerewet sangat…”

“Nantilah, tak sempat…”

“Saya penat, jangan banyak tanya…”

Perkataan kecil, tapi kesannya besar pada hati ibu. Dia tak akan marah, tapi dia simpan dalam diam. Perasaan ibu sangat berkait dengan keberkatan hidup anak. Jadi, bila hati ibu terluka dan dia tidak memaafkan, hidup anak boleh terasa:

  • Rezeki perlahan atau tersangkut
  • Hati sentiasa resah dan tak tenteram
  • Selalu rasa penat walaupun tak banyak kerja
  • Hubungan dalam keluarga tak harmoni
  • Perjalanan hidup rasa tidak lancar

Semua ini bukan sebab ibu marah, tetapi kerana doa seorang ibu adalah pelindung terbesar dalam hidup anak. Bila hati ibu terguris, doa itu seakan terhenti seketika.

Jadi, apa yang si anak perlu lakukan adalah, tidak perlu tunggu Hari Raya, sila cium tangan mak, peluk dia walaupun dia tak diminta dan minta maaf dengan lembut.

Kadang hanya satu ayat boleh mencairkan hati ibu iaitu “Mak, saya sayang mak…”

Baca juga: Wanita, Hati-Hati! Ramai Anggap Remeh, Tapi Inilah 5 Dosa Harian Yang Paling Berat Di Sisi Allah

Sumber: Reddit, Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×