Euforia Bola 2026
Sihat

Alami Kemurungan Teruk, Ini Jenis Ubat Untuk Penyakit Mental Di Peringkat Awal

penyakit mental

Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang. Malah, bahayanya penyakit ini adalah ia akan mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.

Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakit mental!

Baca juga: Rasa Berdebar & Kerap Sakit Kepala? Ini Tanda Anda Kena Mandi Air Garam Untuk Aura Positif!

BOLEH KE RAWAT PENYAKIT MENTAL? ADA UBAT ATAU TERAPI YANG SESUAI?

penyakit mental

Foto: Metropolis Healthcare

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi dan ini sudah terbukti.

Menurut MyHealth, terdapat lebih daripada 200 jenis sakit mental atau sakit jiwa yang boleh dialami seperti kemurungan, gangguan bipolar, demensia, skizofrenia dan gangguan kerisauan yang melampau (anxiety). Ciri-ciri yang mungkin dialami adalah perubahan “mood”, sifat keperibadian, tabiat peribadi atau kurang bersosial.

Menurut penjelasan dari Doctor Health Centre pula, penyakit ini memerlukan rawatan yang berterusan dan sudah semestinya banyak kemajuan dalam perubatan telah dilakukan. Antara rawatannya adalah:

-Ubat
-Psikoterapi
-Terapi berkumpulan
-Rawatan harian atau separa hospital
-Terapi khusus contohnya terapi tingkah laku kognitif dan pengubahsuaian tingkah laku.
-Terapi alternatif seperti terapi air, urut, dan “biofeedback”.
-Terapi kreatif seperti terapi seni, terapi muzik, atau terapi permainan.
-Hipnoterapi.
-Terapi Electroconvulsif (ECT).
-Rangsangan saraf vagus (VNS).
-Rangsangan magnetik transkranial (TMS) merupakan terapi moden terbaru.

Hello Doktor menyenaraikan juga beberapa ubat di fasa awal kemurungan yang boleh diambil dan didapati di klinik serta farmasi.

1.Benzodiazepines

Salah satu ubat yang kerap digunakan untuk merawat kegelisahan. Ia berfungsi dengan meningkatkan kesan neurotransmitter tertentu dalam otak yang dikenali sebagai GABA. Ubat ini hanya boleh didapati dengan preskripsi doktor.

2.Buspirone

Buspirone adalah ubat yang dihasilkan khusus untuk merawat kegelisahan kronik. Ubat ini juga memerlukan preskripsi daripada doktor yang merawat anda.

3.Ubat anxiety di farmasi: Antidepresan

Antidepresan boleh membantu merawat pelbagai jenis kegelisahan termasuk gangguan kegelisahan umum dan gangguan panik. Ubat ini turut memerlukan preskripsi doktor anda.

4.Ubat anxiety: Penyekat beta (beta-blockers)

Penyekat beta biasanya digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Akan tetapi, ia juga boleh membantu mengurangkan gejala fizikal kegelisahan seperti degupan jantung yang cepat. Ubat ini boleh digunakan untuk merawat kegelisahan situasi seperti fobia sosial.

5.Minyak aromaterapi

Minyak ini bukanlah sejenis ubat khusus, namun ia adalah remedi atau rawatan alternatif bagi beberapa gangguan mental. Boleh digunakan TANPA preskripsi doktor.

TUTUP ‘SUIS IMAGINASI’

penyakit mental

Foto: The Indipendant

Ada perkongsian dari Public Health berkongsikan tips kepada semua iaitu suis imaginasi sebagai salah satu cara untuk mengatasi tekanan mental. Dengan membayangkan adanya suis yang boleh mematikan sumber tekanan, anda boleh mengambil semula kawalan ke atas emosi dan tindak balas anda.

1. Bayangkan satu suis yang jelas dalam fikiran anda.

2. Suis ini mempunyai label seperti “Buli Siber,” “Tempat Kerja Toksik,” “Makcik Bawang,” “Komen Negatif,” dan “Kalah MLBB.”

3. Sebelum nak tidur atau pada bila-bila masa setiap kali anda merasa tekanan, bayangkan anda menekan suis ini untuk mematikan sumber tekanan tersebut.

4. Tenang dan Fokus: Setelah suis dimatikan, tarik nafas dalam-dalam dan fokus kepada perkara positif dan produktif dalam hidup anda.

*Ia boleh membantu anda mengawal reaksi emosi terhadap tekanan. Ia juga membolehkan anda mengalihkan perhatian kepada perkara yang lebih penting. Teknik suis imaginasi bukanlah penyelesaian mutlak, tetapi ia adalah satu alat yang boleh membantu menguruskan tekanan dengan lebih baik. Buat yang beragama Islam, inilah masanya untuk kembali kepada Allah SWT.

Baca juga: Suka Tunggu Orang ‘Like’ Di Media Sosial, Itu Petanda Anda Alami FOMO!

Sumber:  Hello Doktor, MyHealth, Malaysian Mental Health Association, Doctor Health Centre

Foto: Harvard Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×