Euforia Bola 2026
Sihat

Rahsia Turunkan ‘Lonjakan’ Bacaan Gula Guna Limau Nipis, Petua Viral Ramai Cuba & BERKESAN!

bacaan gula

Ramai antara kita yang sedang mencari ikhtiar untuk menurunkan bacaan gula dalam badan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat terutamanya semasa musim perayaan sekarang. Salah satu cara tradisional yang semakin mendapat perhatian adalah dengan menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati di dapur iaitu buah limau nipis dan garam kasar!

Menariknya, petua ini bukan sahaja mudah disediakan, malah telah dikongsi dan diamalkan oleh ramai netizen yang mendakwa berjaya melihat perubahan positif pada tahap kesihatan mereka. Jom kita lihat cara penyediaannya dari Coach Zack dan bagaimana boleh membantu anda mengawal bacaan gula dengan lebih sihat dan semula jadi!

Baca juga: Makan Limau Mandarin Sebiji Pun Batuk, Kena Buat 5 Tips Ini Supaya Boleh Makan Sekotak!

BACAAN GULA ‘DROP’ JADI NORMAL LEPAS BUAT PETUA INI, SENANG SANGAT!

bacaan gula

Bahan-bahan:

*3-4 biji buah limau nipis
*Garam tempatan/ garam kasar
*Air kosong 5-6 cawan

Cara-caranya:

1. Pertama sekali, basuh buah limau nipis tadi dan buat dua hirisan di tepi buah.

2. Tujuan buat hirisan di buah itu untuk masukkan seketul garam kasar di dalam buah limau.

3. Kalau ada banyak buah limau nipis, masukkan seketul garam kasar ke dalam setiap buah limau nipis yang sudah dihiris sedikit itu.

4. Masukkan ke dalam periuk yang sudah diisi dengan 5-6 cawan air.

5. Rebus sehingga tinggal dalam 3 cawan air dalam periuk tersebut, dianggarkan dalam masa 30 minit- 1 jam.

6. Selepas direbus sehingga lembut buah limau tersebut, anda perlu lenyekkan buah limau di dalam air rebusan supaya menjadi seperti jus.

7. Kemudian, air yang sudah dilenyekkan isi buah limau tersebut boleh dituang di dalam botol dan disimpan dalam peti sejuk.

8. Cara untuk minum air limau ini mudah sahaja, setiap kali nak minum air kosong biasa, anda boleh tuangkan sebanyak satu sudu ke dalam air kosong sebagai campuran. Tidaklah terlampau masam dan pahit rasanya.

@zacktiktok1947 Tips yang saya amalkan. Boleh cuba sendiri dirumah. #tipskesihatan #raya2025 #sihatselalu #makanansihat ♬ original sound – Coach Zack

*Memang ramai dalam kalangan netizen yang sudah mencuba tips ini dan bacaan gula ternyata menurun secara sihat! Jom kita cuba tapi jangan terlampau drastik ya!

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

Sumber: TikTok @CoachZack

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×