Dalam pemakanan harian, gabungan nutrisi yang betul memainkan peranan penting agar bacaan gula dalam darah dapat dikawal, selain mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Di mana, menggabungkan karbohidrat dengan sumber protein atau lemak sihat seperti menikmati teh tarik bersama telur rebus dapat membantu mengelakkan lonjakan gula yang tinggi.
Baca juga: Malaysia Negara Pertama Di Dunia Kenalkan Pasport Biometrik, Tak Sangka Sehebat Ini!
MINUM TEH TARIK TAPI BACAAN GULA TAK NAIK? INI JAWAPANNYA

Hal ini sama seperti yang dikongsi oleh Pakar Nutrisi, Rafsanjani Zainal di laman Facebooknya yang menjelaskan perkara sama.
Minum teh tarik pastikan ada telur rebus. Makan roti pula pastikan ada peanut butter. Bila karbo + protein sekali, bacaan gula tak naik tinggi.
1. Teh tarik + telur rebus
– Teh tarik mengandungi karbohidrat daripada gula dan susu pekat.
– Telur rebus pula membekalkan protein dan lemak sihat.
– Gabungan ini membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah, jadi tenaga dilepaskan secara beransur-ansur, mengelakkan lonjakan gula yang tinggi.
2. Roti + peanut butter
– Roti, terutama roti putih, tinggi karbohidrat dan boleh menaikkan gula dengan cepat.
– Peanut butter (mentega kacang) kaya dengan protein dan lemak sihat, yang membantu melambatkan proses pencernaan dan penyerapan gula.
– Hasilnya, anda rasa kenyang lebih lama dan tidak cepat lapar.
Kesimpulannya, menggabungkan karbohidrat dengan protein dan lemak sihat adalah strategi baik untuk mengekalkan paras gula yang stabil. Ini bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga membantu mengawal selera makan dan tenaga sepanjang hari.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ibu Selamat Lahirkan Anak Keenam Seberat 7kg, ‘Bayi Gergasi’ Diberi Nama Amirkhann
Sumber: Facebook Rafsanjani Zainal
