Euforia Bola 2026
Famili

Bukan Disengat Tebuan, Kisah Sebenar Di Sebalik Hidung Bengkak Kucing Bernama ‘Biscuit’ Buat Ramai Sebak

hidung kucing

Ramai pengguna media sosial tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku pada hidung kucing bernama Biscuit selepas videonya tular di TikTok. Pada pandangan pertama, ramai menyangka hidung kucing oren itu membengkak akibat disengat tebuan atau mengalami kecederaan.

Namun, kisah sebenar di sebalik penampilan unik Biscuit jauh lebih menyentuh hati. Hidungnya yang semakin membesar sebenarnya berpunca daripada sejenis jangkitan kulat yang telah dihidapinya selama beberapa tahun.

Baca juga: 7 Cara Hilangkan Bau Kucing Dari Rumah, Termasuk Bau Hancing & Bulu Kucing!

TULAR HIDUNG KUCING BERNAMA BISCUIT BENGKAK MACAM DISENGAT TEBUAN

hidung kucing

Ditemui ketika masih anak kucing

Menerusi perkongsian pemiliknya di TikTok, @elikchavarin, Biscuit kini hampir berusia 7 tahun.

Menurut pemiliknya, Biscuit mula muncul di anjung rumah mereka ketika masih berusia sekitar enam bulan. Anak kucing itu ditemui sedang mengiau di kawasan semak sebelum dibawa masuk ke rumah dan akhirnya menjadi sebahagian daripada keluarga.

Apa yang menarik, Biscuit ialah kucing betina berwarna oren, sesuatu yang agak jarang berlaku kerana kebanyakan kucing oren lazimnya adalah jantan.

Selain itu, Biscuit juga merupakan seekor kucing polidaktil, iaitu mempunyai bilangan jari kaki yang lebih banyak daripada kucing biasa.

Baca juga: Jangan Panik! Ini 9 Cara Mengatasi Si Bulu (Kucing) Yang Diserang Sawan

Hidung kucing ini mula membesar…

Ketika berusia dua tahun, Biscuit disahkan menghidap cryptococcosis, iaitu sejenis jangkitan kulat yang menyerang bahagian hidung. Sejak itu, keadaan hidungnya mula berubah dan semakin membesar dari semasa ke semasa.

Menurut pemiliknya, Biscuit telah menjalani rawatan menggunakan ubat antikulat dan steroid selama bertahun-tahun serta mendapatkan pemeriksaan daripada empat doktor veterinar yang berbeza.

Malah, dia kini sedang menggunakan ubat antikulat yang keempat, namun hidungnya masih terus membesar.

hidung kucing

Selain berdepan penyakit utama, Biscuit turut mengalami komplikasi lain.

Pada Jun 2025, dia mengalami hilang selera makan akibat kesan sampingan ubat, sekali gus menyebabkan penyakit hati berlemak (fatty liver disease).

Pemiliknya mencuba pelbagai cara termasuk memberi makanan menggunakan picagari, ubat tahan loya dan ubat perangsang selera makan. Malangnya, keadaan Biscuit masih tidak menunjukkan perubahan yang diharapkan.

Pada Julai 2025, pasukan veterinar akhirnya memasukkan tiub pemakanan ke dalam esofagus Biscuit bagi memastikan dia terus mendapat nutrisi yang mencukupi sepanjang rawatan.

Sudah bertahun-tahun Biscuit melawan penyakit

hidung kucing bengkak

Sepanjang hidupnya, Biscuit telah melalui pelbagai cabaran termasuk rawatan yang berpanjangan, komplikasi kesihatan dan lawatan ke klinik veterinar.

Pemiliknya turut berkongsi bahawa Biscuit pernah menjalani pembedahan pada 18 Mac sebagai sebahagian daripada usaha merawat penyakit yang dihidapinya.

Walaupun diuji dengan pelbagai kesukaran, mereka tetap bersyukur kerana ramai pengguna media sosial menunjukkan sokongan dan kasih sayang terhadap Biscuit.

“Dia seekor kucing yang sangat istimewa. Terima kasih atas semua sokongan dan kasih sayang yang diberikan kepadanya,” kongsi pemiliknya.

Baca juga: Kucing Sakit Sanggup Ambil EL Tapi Staf Cakap Belakang “Kucing Je Pun”, Lepas Ditegur Ramai Tersentap!

APA ITU CRYPTOCOCCOSIS?

Cryptococcosis ialah sejenis jangkitan kulat yang boleh menyerang kucing, terutamanya pada bahagian hidung dan saluran pernafasan. Antara simptom yang sering dikaitkan dengan penyakit ini ialah:

  • Bengkak pada hidung
  • Bentuk hidung berubah atau membesar
  • Bersin berulang kali
  • Lelehan dari hidung
  • Kesukaran bernafas dalam kes tertentu

Sekiranya tidak dirawat, jangkitan ini berpotensi merebak ke bahagian lain seperti mata dan sistem saraf.

Rawatan lazimnya memerlukan penggunaan ubat antikulat untuk tempoh yang panjang, bergantung kepada tahap jangkitan dan tindak balas kucing terhadap ubat.

@elikchavarin Biscuit is almost 7 years old 🧡 She showed up on our porch as a 6-month-old kitten and has been part of our family ever since. When she was 2 years old, she was diagnosed with a fungal infection in her nose called cryptococcosis. She has been on antifungal medications and steroids for years and has seen four different vets. She is now on her fourth antifungal medication, and unfortunately, her nose continues to grow. In June 2025, she developed medication-induced anorexia and fatty liver disease. Despite syringe feeding her, giving her anti-nausea medications, and using appetite stimulants, she was not getting any better. In July 2025, her amazing vets surgically placed a feeding tube into her esophagus. Biscuit has had many ups and downs, vet appointments, and complications. We are so grateful that you all love her as much as we do🥹 She is such a special little girl. Thank you for all of your support! We have a gofundme linked in bio🤍 #gofundme #catsoftiktok #orangecat #viral #cruyptococcus ♬ Sweet Love – Myles Smith

Sumber: TikTok @elikchavarin

FT Image: TikTok @elikchavarin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×