Dalam era media sosial yang semakin rancak, ramai ibu bapa menjadikan anak-anak sebagai sebahagian daripada kandungan digital. Namun, apabila konten obesiti kanak kanak dijadikan taruhan demi populariti, ia menimbulkan persoalan besar tentang tanggungjawab sebenar seorang ibu bapa.
Baru-baru ini, seorang jurulatih kecergasan, Tareq Fit, tampil menegur secara terbuka bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji, di platform TikTok.
Baca juga: Budak 5 Tahun Alami Kerosakan Otak & Halusinasi Lepas ‘Overdose’ 10 Biji Gula-Gula Ganja
‘TAYANG’ KONTEN OBESITI KANAK KANAK, JURULATIH KECERGASAN TEGUR BAPA ABANG AJI OFFICIAL

Foto: Pempengaruh kanak-kanak Bang Aji.
Dalam video tersebut, Tareq meluahkan kebimbangannya melihat tubuh kanak-kanak dikenali sebagai Abang Aji yang dikatakan terlalu besar berbanding dengan umur sebenar.
“Tak kesian ke tengok badan anak macam tu? Nampak tak sihat langsung…” katanya.
Tareq turut menekankan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak mengamalkan pemakanan sihat sejak kecil. Beliau mengingatkan bahawa kesilapan hari ini boleh membawa penyesalan di kemudian hari. Mana tidaknya, hampir kesemua konten video memaparkan kanak-kanak tersebut makan makanan yang tidak sesuai mengikut usia.
“Kalau anak kau sakit nanti, jangan salahkan takdir. Kau yang kena bertanggungjawab. Dari kecil lagi kesihatan anak kena jaga kerana itu adalah amanah,” tambahnya.
Netizen Sokong Teguran, Dakwa Anak Dijadikan ‘Konten’
View this post on Instagram
Teguran ikhlas itu turut mendapat reaksi hangat daripada para netizen. Ramai yang bersetuju dan mendakwa si bapa mungkin terlalu mengejar populariti hingga mengabaikan kesihatan anak sendiri.
“Macam jadikan anak bahan konten je. Kesian budak tu…” komen netizen.
“Bila dah ditegur untuk kebaikan anaknya, makin seronok buat konten makan yang melampau,” komen netizen.
*Harap mak ayah jangan terpengaruh dengan pelbagai jenis makanan yang ada di pasaran. Ingat bahawa kesihatan anak-anak bermula dari apa yang mereka makan di rumah.
Baca juga: Bukan HFMD, Bukan Demam Biasa – Ibu Kongsi Detik Cemas Bayi Kena Penyakit KAWASAKI, Biji Mata Merah!
Sumber: Instagram @tareqfit91 , Tiktok @bangajiofficial
