Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Tutorial ‘Turmeric Light Trick’, Eksperimen Serbuk Kunyit Viral Di TikTok Yang Buat Ramai Terpegun!

turmeric trend

Satu lagi trend sains mudah tapi memukau kini tular di TikTok dikenali sebagai ‘Turmeric Light Trick’ atau eksperimen cahaya kunyit Turmeric Trend. Apa yang menariknya, eksperimen ini hanya memerlukan bahan dapur biasa dan telefon bimbit anda, tapi hasilnya boleh buat sesiapa pun ternganga kagum!

Ramai pengguna TikTok teruja mencubanya kerana kesannya seolah-olah magik di depan mata. Serbuk kunyit yang bertaburan di dalam air tiba-tiba kelihatan bersinar, terapung, malah ada yang kata nampak seperti ‘aurora mini’ dalam gelas.

Baca juga: Cara Tukar Gambar Raya ‘Toy AI’ Ala Patung Barbie Yang Viral, Buat Macam Ini Confirm Jadi!

NAMPAK MACAM ‘MINI AURORA’, INI CARA BUAT TURMERIC TREND SUPAYA MENJADI!

turmeric trend

Anda hanya perlukan empat bahan mudah – dan hasilnya, memang WOW!

Bahan-bahan:

– Satu paket serbuk kunyit

– Satu cawan jernih air kosong atau boleh juga diletakkan dalam mangkuk.

– Sudu

– Telefon bimbit yang mempunyai ‘flashlight’ di bahagian kamera.

Cara- caranya:

1. Pertama sekali, tuang serbuk kunyit atau buka bungkusan supaya mudah untuk dicedok. Ada yang mengatakan bahawa anda juga boleh cuba menggunakan serbuk cili.

2. Sediakan satu bekas air kosong di dalam gelas atau mangkuk yang jernih. Untuk hasil yang lebih mengagumkan, ada yang menyarankan untuk anda guna ‘sparkling water’.

3. Ambil telefon bimbit dan pasang ‘ON’ lampu di belakang telefon. Letakkan dalam posisi lampu menghala ke atas, skrin melekap di atas meja.

4. Ambil gelas berisi air tadi dan letak di atas cahaya lampu telefon tersebut. Pastikan untuk matikan segala lampu lain dalam bilik atau ruang anda lakukan eksperimen.

5. Cedok satu sudu serbuk kunyit dan lakukan gerakan seperti ‘mengayak tepung’ sedikit demi sedikit ke dalam air kosong. Hasilnya sangat ‘wow’ terutama bagi anak-anak yang masih kecil!

turmeric trend

*Boleh cuba sekarang dan semoga menjadi!

@shelladamay Membalas @emesh Ini dia cara membuat lava lamp atau turmeric trend 😊 Semoga bermanfaat 🥰 #idebermainanak #idemainanak #lavalamp #turmerictrend #trenkunyit #fyp ♬ suara asli – Shella Damayanti

Baca juga: Cara Buat Gambar ‘Ghibli Style’ Yang Jadi Trend, Rupanya Buat Macam Ni Baru Tak ‘Lari’ Wajah!

Sumber: Tiktok #turmerictrend

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×