Euforia Bola 2026
Famili

“Saya Maafkan Tapi Tak Nak Jumpa” – Dibuang Sebab Cacat, Anak OKU Dedah Kisah Hidup Tanpa Keluarga

anak kelainan upaya

Bayangkan dibuang oleh ibu kandung sendiri hanya kerana tidak dilahirkan sempurna. Itulah kisah sebenar yang dilalui Zuki, seorang anak kelainan upaya yang terpaksa membesar tanpa pelukan, tanpa panggilan manja seorang ibu.

Baru-baru ini, luahannya yang jujur dan menyentuh hati tentang perasaan ditolak keluarga sendiri telah mengundang rasa simpati ramai.

Baca juga: Mak Ayah Ada Anak OKU Layak Mohon Road Tax Percuma, Ini Caranya

ANAK KELAINAN UPAYA DIBUANG SEJAK KECIL “SAYA TAK MAAFKAN DIA..”

anak kelainan upaya

Menurut perkongsian di laman Tiktok, Zuki menceritakan bahawa seawal usia kecil lagi, dia telah disisih hanya kerana ketidaksempurnaan fizikal yang tidak pernah dimintanya.

“Saya dah maafkan mak ayah saya… tapi saya tak nak pandang muka anda lagi. Simple,” katanya jujur, sebelum tunduk meminta maaf kepada penemubual kerana terluah dari hati yang terluka.

Kata-kata itu mungkin kedengaran keras, tetapi siapa kita untuk menilai kesedihan yang membungkam jiwanya? Zuki tidak pernah merasai pelukan seorang ibu dan belaian seorang ayah. Yang ada hanyalah sepi dan pertanyaan yang tak pernah terjawab iaitu “Kenapa saya dibuang?”

Dia membesar dengan parut yang tidak kelihatan pada tubuh, tetapi mendalam di jiwa. Walaupun telah memaafkan orang tuanya, keengganannya untuk bertemu mereka bukan kerana benci, tetapi kerana luka itu masih belum benar-benar sembuh.

Luahan Zuki bukan sekadar ungkapan emosi, tetapi jeritan sunyi seorang anak yang hanya mahu diterima… sebagaimana dia adanya. Malah, ramai dalam kalangan warganet meninggalkan komen bahawa ibu itu telah terlepas ‘tiket ke syurga’ yang direbut ramai…

@c1ncau1 Luahan Hati Anak (OKU)..Di buang keluarga semenjak umur 7bulan kerana OKU.. #fyp #tiktok #fyoupage #fyou #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp ♬ suara asli – اللغة الض – Sastra Kehidupan

Baca juga: Berjalan Guna Tangan Pakai Selipar, Netizen Sebak Tengok Semangat Berdikari Murid OKU Pergi Sekolah

Sumber: Tiktok @cincau

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×