Ejen Ali The Movie 2 kini kembali dengan aksi yang lebih mendebarkan. Treler rasmi pertama filem ini telah dilancarkan dan menyajikan momen-momen epik penuh drama dan pergelutan yang bakal dihadapi Ali dalam misinya untuk menguasai Satria.
Dalam filem kali ini, Ali diberi tanggungjawab besar untuk mengendalikan Projek SATRIA, dengan objektif untuk melahirkan generasi baru ejen MATA yang mampu menggabungkan skil kesemua empat Teras MATA; Tekno, Neuro, Inviso dan Kombat.
Baca juga: Ejen Ali The Movie 2 Bergabung Tenaga Eksklusif Bersama Tenaga Nasional Berhad Untuk Misi Epik!
EJEN ALI THE MOVIE 2 KINI KEMBALI, MAKIN MENDEBARKAN!

Filem Ejen Ali The Movie 2 ini juga akan mengupas detik penting karier Alicia sebagai ejen MATA, yang dibesarkan dan dilatih sebagai ejen perisik sejak usia muda oleh General Rama.
Lanjutan menjuarai MATA Arena dalam Musim 3 siri Ejen Ali, Alicia diberi peranan baru sebagai pemakai IRIS selepas Ali. Melihat kepada sejarah Ali dan Alicia sebagai ahli sepasukan yang kerap bersaing semasa melaksanakan misi, adakah pertukaran tangan IRIS ini mungkin akan menguji dinamik persahabatan antara mereka berdua?
Konflik memuncak dalam Ejen Ali The Movie 2 apabila Neonimus, seorang penggodam misteri, muncul semula untuk menggugat kestabilan bandar Cyberaya. Agenda Neonimus kelihatan seperti serangan peribadi terhadap Ali, namun identiti dan motif sebenar Neonimus masih samar.
Muncul pula Rizwan yang kini berganding bersama Dos dan Trez, watak-watak antagonis yang dahulunya pengikut setia Uno. Adakah Rizwan yang selama ini menyokong Ali dari jauh kini pula berpaling tadah untuk menjatuhkan MATA demi dendam lama? Plot penuh teka-teki ini pasti bakal memberikan kejutan kepada peminat setia siri Ejen Ali dan menjanjikan pelbagai persoalan tentang siapa sebenarnya yang boleh Ali dipercayai.
Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri debaran dan aksi yang bakal ditampilkan, jangan lepaskan peluang menyaksikan treler rasmi pertama Ejen Ali The Movie 2 di saluran YouTube Ejen Ali dan semua platform digital! Saksikan sekarang dan rasai sendiri ketegangan yang menanti!
Jangan ketinggalan intel terkini tentang filem ini – ikuti kami di Instagram @primeworksstudios.film dan @ejen_ali untuk maklumat lanjut serta kandungan eksklusif belakang tabir tentang Ejen Ali The Movie 2.
