MATA mengumumkan berita yang paling dinantikan iaitu Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) akhirnya akan ditayangkan di Singapura!
Mulai 5 Jun 2025, sempena cuti sekolah, EATM2 ditayangkan di pawagam seluruh Singapura. Inilah masa terbaik untuk para ejen berkumpul, menyokong misi Ali dan mengeratkan lagi semangat perpaduan sesama ejen.
Baca juga: Ini Senarai Lokasi Kamera AwAS & Jenis Kesalahan Yang Dikesan, Elak Kena Saman!
TAYANGAN EJEN ALI THE MOVIE 2 DI SINGAPURA, SERONOKNYA

Filem ini sudah mencipta kejutan besar di mana dalam 11 hari tayangan di Malaysia dan Brunei, EATM2 telah mengutip lebih RM34.2 juta, sekali gus mengatasi pencapaian filem pertama.
Ketika musim cuti sekolah ini, pawagam sesak dengan keluarga dan kanak-kanak, manakala barangan rasmi Ejen Ali menjadi buruan hangat.
Gabungan visual memukau, sistem bunyi mantap, serta animasi berkualiti tinggi menjadikan EATM2 sebuah pengalaman sinematik luar biasa. Ceritanya sarat aksi, emosi dan kejutan. Para penonton dan pengkritik memberikan pujian melambung, menyifatkan filem ini sebagai setanding dengan animasi antarabangsa, sesuai untuk semua peringkat umur.
Movie ini mengisahkan Ali, seorang kanak-kanak biasa yang secara tidak sengaja direkrut menjadi ejen rahsia MATA. Kini, dia dipilih untuk menyertai SATRIA, sebuah program elit yang menggunakan sut berteknologi canggih dan AI.
Namun, segalanya menjadi rumit apabila Neonimus, penggodam misteri, kembali mengancam keselamatan Cyberaya. Bersama Rizwan, Ali harus menjejak dalang sebenar di sebalik siri ancaman berbahaya.
Berikut adalah lokasi pawagam yang akan menayangkan EATM2 bermula 5 Jun 2025:
- Golden Village Bedok
- Golden Village Tampines
- Golden Village Yishun
- Golden Village Plaza
- Cathay Causeway Point
- Cathay Downtown East
- Cathay Century Square
- Cathay Clementi 321
Aktifkan IRIS, pakai gear anda dan sertai misi ini. Operasi besar-besaran EATM2 bermula 5 Jun 2025 di Singapura!
