Karnival Jom Heboh (KJH 2025) kembali lagi sempena cuti sekolah dengan lebih banyak aktiviti menarik untuk seisi keluarga! Kali ini, KJH 2025 akan berlangsung di lokasi baharu iaitu KL Base, Kuala Lumpur, selama tiga hari bermula 30 Mei hingga 1 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad).
Baca juga: Rawat Sambil ‘Travel’? Malaysia RAJA Destinasi Pelancongan Perubatan Terbaik Dunia!
KJH 2025 BUKA TIRAI BERSAMA EJEN ALI

Dengan rekod lebih 2.1 juta pengunjung tahun lalu, karnival kali ini hadir dengan skala lebih besar, kandungan lebih segar dan pengalaman lebih seronok.
Lebih 150 jenama akan memeriahkan acara ini yang lengkap dengan aktiviti interaktif, pesta makanan, sesi ramah mesra selebriti dan konsert gempak sebagai acara kemuncak.
Tahun ini juga lebih istimewa dengan gimik Flag-Off Supercar yang telah berlangsung di Balai Berita pada 27 Mei, baru-baru ini. Barisan kereta mewah serta maskot popular Ejen Ali dan Ejen Alicia berjaya mencuri perhatian ramai.
Yang bestnya, semua kereta eksklusif ini akan dipamerkan sepanjang karnival! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bawa keluarga dan rakan ke KJH 2025 — tempat paling happening cuti sekolah ini!
Ejen Ali memeriahkan karnival
Warga Lembah Klang pasti tak sabar sebab pembukaan Karnival Jom Heboh (KJH 2025) kali ini bertemakan Ejen Ali, bersempena filem Ejen Ali The Movie 2 yang sedang hangat di pawagam!
Pengunjung berpeluang:
- Bersua muka dengan barisan pelakon suara bersama maskot Ejen Ali dan Ejen Alicia
- Menyertai pelbagai aktiviti bertemakan Ejen Ali seperti sesi zumba bersama maskot
- Ejen Ali M.A.T.A Academy menawarkan permainan papan khas untuk si kecil
- Pertandingan mewarn dibuka kepada bawah 7 tahun dan bawah 12 tahun
Tak cukup dengan itu, ada juga pertandingan cosplay di Studio Tonton Drama Sangat. Di mana, anda boleh menunjukkan kreativiti melalui kostum dan lakonan watak kegemaran. Hadiah menarik menanti pemenang!
Baca juga: Remaja 13 Tahun Dicakar Kucing Terbiar Dijangkiti Rabies, Kes Pertama Di Sarawak Tahun Ini
Sesi meet & greet dan Konsert Gempak
KJH 2025 kali ini memang meriah! Pengunjung berpeluang bertemu dengan artis dan pelakon popular dari drama seperti Bukan Ipar Sempurna, Nikmat Hanya Sesaat, Polis Peronda dan Aku Bukan Ustazah 2.
Antara yang bakal hadir: Shaza Bae, Fahrin Ahmad, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Fedtri Yahya, Dayah Bakar, Fakhrul Radhi dan ramai lagi.
Malam pula lebih meriah dengan dua malam konsert hebat! Dikendalikan oleh hos HotFM, Ayu, dan hos Kool 101, Haiza & Muaz Mohamed.
- 31 Mei: Persembahan dari Shiha Zikir, Bunga Isme, Aisha Retno, Khai Bahar dan lain-lain.
- 1 Jun: Aksi bertenaga dari Sofia Liana, Ayu Damit, Ara Johari dan Ella, ratu rock Malaysia!
Jangan lepaskan peluang yang penuh hiburan, bintang dan kenangan!
Reruai interaktif & aktiviti keluarga

Seperti tahun-tahun sebelum ini, lebih banyak keseronokan menanti anda di reruai-reruai interaktif seperti Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, Kumpulan NSTP (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Kumpulan REV, Love Food Fest dan pelbagai jenama terkenal lain.
Antara tarikan utama di reruai-reruai tersebut termasuk:
- NSTP Car Sim Experience – Uji skil pemanduan dalam simulasi litar perlumbaan sebenar.
- Jom Lokal Jam – Tunjukkan bakat nyanyian anda secara terbuka.
- Jom E-Sport Championship oleh 100PLUS – Sertai atau tonton perlawanan knockout Mobile Legends: Bang Bang, dengar perkongsian dari pro gamer dan menangi hadiah.
- Servis motosikal percuma – Tukar minyak hitam percuma untuk 100 motosikal sehari hasil kerjasama dengan Selangor Technical Skills Development Centre.
- Pemeriksaan gigi percuma – Bersama pasukan pergigian profesional, lengkap dengan nasihat penjagaan mulut.
- Zon Kanak-Kanak Soopa Doopa – Permainan tiup yang selamat dan seronok untuk si kecil.
- Naik belon udara panas – Nikmati pemandangan empat menara ikonik dari udara: Merdeka 118, KLCC, KL Tower & TRX!
Apa tunggu lagi? Jom heboh di KL Base! Ajak keluarga dan kawan-kawan datang 30 Mei hingga 1 Jun ini untuk nikmati hiburan penuh gempak.
Jangan lupa kongsikan pengalaman anda di media sosial menggunakan tanda pagar rasmi #KarnivalJomHeboh dan #KJH.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di www.jomheboh.com.my dan ikuti kami di Facebook serta Instagram melalui akaun @jomhebohofficial.
