Euforia Bola 2026
Didik

JAKIM Umum Tarikh Keputusan UPKK 2025 Pada 25 Februari! Mak Ayah & Calon Ambil Tahu Cara Nak Semak

UPKK 2025

Ibu bapa dan calon Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) pada tahun lalu yang menantikan tarikh keputusan, kini boleh menarik nafas lega. Hal ini kerana, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa keputusan rasmi UPKK 2025 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media rasmi bertarikh 16 Februari 2026 bersamaan 28 Syaaban 1447H.

Baca juga: Jangan Salah Tempat! Ini Senarai Lengkap Bazar Ramadan 2026 Kuala Lumpur, Selangor & Putrajaya

TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2025

UPKK 2025

Gambar: Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah JAKIM mengumumkan keputusan UPKK 2025 boleh disemak pada 25 Februari ini, jam 10 pagi.

Tarikh dan majlis pengumuman rasmi

Majlis Pengumuman Keputusan UPKK 2025 akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Berikut adalah butiran penting yang perlu diberi perhatian:

  • Tarikh pengumuman rasmi: 25 Februari 2026 (Rabu)
  • Masa: 10.00 pagi

Namun, semakan keputusan oleh calon dan ibu bapa hanya boleh dibuat bermula jam 12.00 tengah hari pada hari yang sama.

Baca juga: [TERKINI] SARA RM100 Dah Masuk, Ini 15 Kategori & Jenama Produk Diluluskan MyKasih 2026

UPKK 2025

Gambar hiasan: Arkib NSTP

CARA SEMAK KEPUTUSAN

Bagi memudahkan ibu bapa dan penjaga, berikut adalah langkah semakan keputusan secara dalam talian:

  1. Layari laman web rasmi: https://semakan.islam.gov.my/
  2. Masukkan No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas calon.
  3. Masukkan No. Angka Giliran.
  4. Klik butang semakan untuk melihat rumusan keputusan.

Semakan dalam talian ini boleh diakses bermula:

  • 25 Februari 2026 (Rabu)
  • Jam 12.00 tengah hari

Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat bagi mengelakkan sebarang ralat semasa semakan.

Pengambilan slip keputusan di sekolah

Selain semakan secara online, calon juga boleh mendapatkan slip keputusan rasmi di sekolah masing-masing. Butiran pengambilan slip adalah seperti berikut:

  • Tarikh mula ambil slip: 26 Februari 2026 (Khamis)
  • Tertakluk kepada masa yang ditetapkan oleh pihak sekolah

Ibu bapa disarankan untuk merujuk pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat waktu pengambilan yang tepat.

Baca juga: Kadar Fidyah 2026 Lengkap Mengikut Negeri, Ini Cara Kira Yang Betul & Link Bayar Secara ‘Online’!

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×