Euforia Bola 2026
Didik

Hebat! 24,761 Calon UPKK 2025 Berjaya Peroleh 9A, Murid OKU Penglihatan Cemerlang Antara Paling Menyentuh Hati

UPKK 2025

Keputusan UPKK 2025 mencatat pencapaian membanggakan apabila 24,761 calon memperoleh gred cemerlang (A) bagi kesemua sembilan mata pelajaran dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA tahun ini.

Perkongsian di Facebook oleh media tempatan memaparkan sebuah video yang menyentuh hati ramai, apabila beberapa murid orang kurang upaya (OKU) penglihatan berjaya naik ke pentas bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Baca juga: “Nak Jadi Guru”- 3 Anak Orang Asli Kelantan Berjaya Masuk SBP, Cipta Sejarah Selepas Sedekad Tiada Kemasukan!

24,761 CALON UPKK 2025 PEROLEH 9A!

UPKK 2025

Gambar Sadiq Sani (Malaysia Gazette).

“Sebak melihat adik-adik yang merupakan orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang berjaya dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2025. Kekurangan bukan penghalang buat mereka untuk berjaya!” ujar kapsyen video tersebut.

89.61% lulus keseluruhan, GPK meningkat

Daripada 251,392 calon yang menduduki peperiksaan, seramai 24,761 berjaya meraih keputusan 9A. Secara keseluruhan, peratus calon yang mencapai tahap lulus UPKK 2025 adalah sebanyak 89.61 peratus.

Pencapaian Gred Purata Kebangsaan (GPK) turut menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1.83 mata berbanding 1.85 mata pada tahun sebelumnya.

Antara komponen Pentaksiran Pusat yang dinilai merangkumi tujuh mata pelajaran:

  • al-Quran
  • Akidah
  • Sirah
  • Adab
  • Jawi dan Khat
  • Bahasa Arab
  • Ibadah

Manakala dua komponen Pentaksiran Bilik Darjah ialah Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat.

Dalam ucapannya kepada ibu bapa, Dr. Zulkifli mengingatkan tentang,

“Buat ibu bapa, hari ini bukan hari untuk menilai anak-anak, tetapi hari untuk anda memeluk dan cium mereka sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang selepas penat lelah dan air mata. Hargailah usaha mereka, bukan hanya angka di atas kertas.

Baca juga: Viral Senarai Sekolah Padat Sampai Ada 58 Murid Sekelas! Ibu Bapa Luah “Macam Mana Jadi Begini?”

UPKK 2025

Murid OKU penglihatan turut cemerlang

Seramai 163 calon Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) mengambil peperiksaan pada tahun ini. Video yang dikongsi menonjolkan semangat dan kegembiraan mereka ketika menerima penghargaan.

Menurut kapsyen, “Kekurangan bukan penghalang buat mereka untuk berjaya!”

Kejayaan ini menunjukkan bahawa dedikasi dan sokongan guru, keluarga, serta sistem pendidikan mampu membantu murid mencapai potensi terbaik mereka.

Dr. Zulkifli turut menekankan bahawa pencapaian ini adalah permulaan perjalanan menuntut ilmu, “Keputusan peperiksaan bukan pengakhiran tetapi ia hanya satu langkah kecil dalam perjalanan menuntut ilmu dan membina kehidupan.”

Sementara itu, tambahnya Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026 – 2035 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu anjakan penting kepada landskap pendidikan negara.

Justeru, anak-anak adalah generasi pewaris ummah yang akan membentuk landskap masa depan negara.

Baca juga: [TERKINI] KPM Umum Pengambilan 20,000 Guru Baharu, Permohonan Dibuka 2 Mac Ini!

Sumber: AlHijrah Online

FT Image: AlHijrah Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×