Euforia Bola 2026
Kerjaya

Cikgu VS Pensyarah, Kerjaya Yang Mana Lebih ‘Berbaloi’ Dari Segi Gaji, Elaun & Masa Depan?

tangga gaji guru

Kalau ada antara anda terutamanya graduan yang secara tiba-tiba tengah fikir mahu jadi cikgu atau pensyarah, mesti persoalan gaji antara yang pertama bermain di fikiran bukan? Mana tidaknya, kedua-dua kerjaya dalam bidang pendidikan, tapi ramai yang cakap tangga gaji guru lebih rendah berbanding gaji pensyarah. Betul ke?

Jadi, berikut merupakan perbandingan gaji guru sekolah rendah dan menengah dengan gaji pensyarah universiti di Malaysia untuk tahun 2025. Ini adalah berdasarkan gred jawatan, gaji permulaan, berapa boleh capai maksimum, dan apa jenis elaun yang boleh dapat.

Baca juga: Ada Impian Nak Jadi Cikgu? Ini 9 Pilihan ‘Laluan’ Kena Tempuh Supaya Berjaya!

TANGGA GAJI GURU SEKOLAH RENDAH, MENENGAH & PENSYARAH UNIVERSITI

tangga gaji guru

Foto hiasan.

Gaji guru di bawah Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Gred utama:

1. DG29 – Guru Lepasan Diploma (PPPS – Pendidikan)

Kelayakan: Diploma Pendidikan
Gaji Permulaan: RM1,676.01
Gaji Maksimum: RM5,797.13
Kenaikan Gaji Tahunan: ± RM145

2. DG41 – Guru Lepasan Ijazah (Guru Baru)

Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan / Ijazah + Diploma Pendidikan
Gaji Permulaan: RM2,188.00
Gaji Maksimum: RM9,552.00
Kenaikan Gaji Tahunan: ± RM225

3. DG44 / DG48 / DG52 / DG54 – Gred Kenaikan Pangkat

DG44 (KUP/Time-Based): RM3,856 – RM10,000+

DG48: RM4,682 – RM11,000+

DG52: RM5,367 – RM12,000+

DG54: RM5,858 – RM13,000+

KUP = Kenaikan Untuk Penyandang (time-based atau prestasi)

Dah Tengok Gaji Guru? Tengok Tangga Gaji Pensyarah IPTA (Universiti Awam) Pula…

tangga gaji guru

Foto: Freepik

Pensyarah IPTA diletakkan di bawah Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti.

1. DS45 / DM45 – Pensyarah (Ijazah Sarjana)

Gaji Permulaan: RM3,080.00 – RM3,500.00
Gaji Maksimum: ± RM8,000.00
Kenaikan Gaji Tahunan: ± RM225 – RM300

2. DS51 / DM51 – Pensyarah Kanan (Master / PhD)

Gaji Permulaan: RM4,300 – RM4,600
Gaji Maksimum: ± RM9,800

3. DS53 / DM53 – Pensyarah Kanan II (PhD, pengalaman)

Gaji Permulaan: ± RM5,000
Gaji Maksimum: RM11,000+

4. VK7 / VK6 / VK5 – Profesor Madya & Profesor (Jawatan Khas)

Profesor Madya (DS54 / VK7): RM6,000 – RM12,000
Profesor (VK6/VK5): RM8,000 – RM20,000+
VK = Vektor Khas (Jawatan akademik khas, bukan Gred DG biasa)

*Nota Tambahan

Gred DG29: Untuk guru lepasan diploma.
Gred DG41: Untuk guru lepasan ijazah sarjana muda.
Gred DS45 / DM45: Untuk pensyarah dengan kelayakan minimum ijazah sarjana muda.
Gred VK: Merujuk kepada jawatan profesor dan profesor madya yang dilantik secara khas, dengan syarat dan kelayakan tertentu.

Baca lagi: 10 Jenis Doktor Pakar Dapat Gaji Lumayan Di Malaysia, No.3 Boleh Cecah RM60K Sebulan!

Sumber: Portal Info, Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×