Euforia Bola 2026
Didik

“Jatuhkan Level Guru”- Iklan Penyanyi Terkenal Cari ‘Private Tutor’ Dikecam, Gaji RM3K Tapi Skop Kerja Macam Orang Gaji?

private tutor

Satu hantaran di aplikasi Threads mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang individu mendakwa terdapat iklan mencari kerja private tutor oleh seorang penyanyi terkenal tanah air, namun kandungan iklan itu menimbulkan persoalan ramai.

Apa yang mengundang perhatian netizen bukanlah sekadar siapa majikannya, tetapi skop kerja yang dinyatakan yang didakwa lebih mirip tugas pembantu rumah daripada seorang guru profesional. Lain macam pula ya?

Baca juga: Cikgu VS Pensyarah, Kerjaya Yang Mana Lebih ‘Berbaloi’ Dari Segi Gaji, Elaun & Masa Depan?

PENYANYI TERKENAL CARI PRIVATE TUTOR TAPI IKLAN SKOP KERJA MACAM JADI ORANG GAJI?

private tutor

Iklan kerja yang tular.

Menurut wanita yang juga merupakan seorang guru Matematik dengan pengalaman lebih 10 tahun mengajar, gaji yang ditawarkan dalam iklan tersebut hanyalah sekitar RM3,000, sekaligus mencetuskan perdebatan tentang nilai dan penghargaan terhadap profesion pendidikan.

Malah, rata-rata pengguna Threads turut meluahkan rasa tidak puas hati, menyifatkan jumlah itu sebagai tidak munasabah dan merendahkan taraf profesion guru. Ramai juga berpendapat, tanggungjawab besar mendidik anak majikan sepatutnya diimbangi dengan bayaran setimpal, apatah lagi jika perlu tinggal bersama keluarga majikan dan bekerja enam hari seminggu!

Dalam perkembangan lanjut, individu yang pertama kali memuat naik isu tersebut memaklumkan bahawa hantaran asal telah dipadam selepas mesejnya berjaya sampai kepada pihak sumber manusia (HR) yang bertanggungjawab.

Menurutnya, iklan berkenaan juga telah diubah daripada ‘private teacher’ kepada ‘nanny’, bagi menjelaskan semula skop kerja sebenar jawatan itu.

Namun, perbincangan di media sosial terus rancak apabila warganet bimbang tindakan seperti ini boleh menjejaskan pasaran kerja profesional, khususnya dalam bidang pendidikan.

“Kalau orang berpengaruh pun buat begitu, nanti orang lain pun akan anggap gaji RM3,000 itu normal untuk seorang guru peribadi,” kata individu itu lagi, sambil menambah bahawa peranan ‘private teacher’ sepatutnya difahami sebagai pendidik profesional, bukan pembantu rumah.

Perdebatan ini membuka semula persoalan lama, adakah masyarakat benar-benar menghargai tugas dan pengorbanan seorang pendidik? Sedarlah bahawa tugas ini bukan mudah seperti yang disangka…

private tutor

Foto: freepik

Baca juga: Cuci Ayam Tak Bersih, Anak Cedera & Peti Ais Pecah..Ibu Luah Rasa Geram Ada Bibik Tak Boleh Pakai!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×