Euforia Bola 2026
Asuh

“Bawa Anak Awak”- Tiada Penjaga Anak, Pelajar Hampir Tak Dapat Ambil Ujian… Pensyarah ‘Offer’ Bantuan Raih Pujian

penjaga anak

Setiap insan yang bergelar pendidik pasti tidak sanggup melihat anak didik mereka tercicir dalam proses menuntut ilmu. Tidak hairanlah wujud pepatah yang mengumpamakan pendidik seperti lilin yang membakar diri sendiri demi menerangi orang lain seperti kisah menyentuh hati melibatkan seorang pensyarah IPT yang jadi penjaga anak sementara pelajarnya.

Baca juga: “Bukan Kerana Tak Sayang”- Ibu Tunggal Terpaksa Tinggal Anak 3 Tahun Sendirian Di Rumah Pergi Kerja, Pantau Guna CCTV

Pelajar Maklum Tidak Dapat Hadir Ujian Kerana Tiada Penjaga Anak, Pensyarah ‘Offer’ Bantuan

penjaga anak

Menerusi satu perkongsian di Threads oleh pensyarah bernama Amafura Adhuha, dia memaklumkan bahawa pada 8 Januari lalu, satu ujian penting telah dijadualkan untuk para pelajarnya.

Namun, pada malam sebelumnya, seorang pelajar lelaki telah memaklumkan bahawa dia tidak dapat hadir menduduki ujian tersebut kerana tiada sesiapa yang boleh menjaga anaknya yang masih kecil.

Berdasarkan tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, pelajar itu turut menjelaskan bahawa isterinya mempunyai jadual kelas yang padat pada hari berkenaan, sekali gus menyebabkan dia buntu untuk mencari penyelesaian.

Menurut Amafura, ujian tersebut membawa markah sebanyak 20 markah yang merupakan satu jumlah yang agak besar dan memberi kesan kepada penilaian keseluruhan subjek. Menyedari situasi sukar yang dihadapi pelajarnya, pensyarah berkenaan tampil dengan cadangan yang tidak disangka-sangka. Dia meminta pelajar tersebut membawa anaknya ke kelas dan menawarkan diri untuk menjaga si kecil itu sementara ujian berlangsung.

Asalkan pelajarnya dapat menduduki ujian dan tidak tercicir, pensyarah wanita itu sanggup menghulurkan bantuan tanpa berkira. Dalam perkongsian sama, turut dimuat naik sekeping foto yang memaparkan seorang kanak-kanak kecil berada di dalam kelas, dipercayai anak kepada pelajar terbabit, sekali gus menguatkan lagi kisah menyentuh hati tersebut.

Netizen Tersentuh, Puji Keikhlasan Pensyarah

penjaga anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dan terharu dengan keikhlasan serta pengorbanan pensyarah berkenaan. Ramai memuji tindakannya yang bukan sahaja membantu pelajar itu menduduki ujian, malah menunjukkan nilai kemanusiaan dan empati yang tinggi sebagai seorang pendidik.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar pensyarah tersebut sentiasa diberikan kesihatan, rezeki yang luas dan dipermudahkan segala urusannya.

“Semoga traffic light selalu hijau and rezeki bertambah madam…love ah madam!” komen.

Bagi sebahagian pengguna Threads, kisah ini cukup menyentuh perasaan dan membuatkan mereka sebak, membuktikan bahawa masih ramai pendidik berhati mulia yang benar-benar ikhlas mendidik demi masa depan anak bangsa.

Baca juga: “Takpe Ibu Jumpa Allah Banyak Kali”- Warga Maya Kongsi Gambar Anak Ganggu Solat, Ada Yang Jadi Ultraman!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×