Euforia Bola 2026
Kerjaya

Ramai Terkejut & ‘Ternganga’, Rupanya Gaji Maksimum Guru Malaysia Boleh Cecah RM30,000 Sebulan!

gaji guru

Ramai yang menganggap gaji guru hanya sama dengan kerjaya-kerjaya lain yang bergaji sederhana, namun realitinya tidak sepenuhnya begitu.

Terbaharu, pendedahan mengenai struktur gaji guru di Malaysia mencuri perhatian ramai apabila didedahkan bahawa seorang guru yang mencapai gred tertinggi boleh menerima pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan!

Baca juga: Ada Impian Nak Jadi Cikgu? Ini 9 Pilihan ‘Laluan’ Kena Tempuh Supaya Berjaya!

GAJI GURU DI MALAYSIA VIRAL, GRED UTAMA TURUS III BOLEH CECAH PULUHAN RIBU!

gaji guru

Foto: Harian Metro

Menerusi satu perkongsian tular di Threads oleh pengguna bernama @bennaweys, dia memuat naik tangkap layar senarai gaji jawatan utama dalam perkhidmatan pendidikan berdasarkan Lampiran Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dirujuk daripada Portal Rasmi Kementerian Kewangan.

Menurut perkongsian tersebut, seorang guru yang berada pada Gred Utama Turus III berpotensi memperoleh gaji maksimum sehingga RM28,560 sebulan. Angka itu sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya terkejut dengan jumlah berkenaan.

Dalam kapsyennya, @bennaweys turut membandingkan gaji jawatan lain dalam sektor pendidikan.

“Gaji maksimum guru bergred Turus III boleh mencecah RM28,560 sebulan. Manakala gaji maksimum Pengetua Sekolah Cemerlang Gred Khas C pula sekitar RM22,040 sebulan,” tulisnya.

Fakta ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa guru yang mencapai gred tertinggi boleh memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding sesetengah pengetua, bergantung kepada jawatan dan skim perkhidmatan masing-masing.

“BUKAN TUGAS YANG MUDAH”- NETIZEN

gaji guru

Foto: Threads

Selain itu, perkongsian tersebut turut mendedahkan kadar gaji bagi jawatan pengurusan dan profesional lain dalam perkhidmatan awam. Antara yang disebut termasuk Gred Utama Turus I yang boleh mencecah sehingga RM34,360 sebulan, manakala Gred Khas Turus I pula dengan gaji maksimum sekitar RM33,950 sebulan.

Tidak mengambil masa lama, perkongsian itu dibanjiri pelbagai reaksi pengguna media sosial. Ada yang teruja, ada juga yang mengingatkan bahawa bukan mudah untuk mencapai gred setinggi itu.

“Ada guru yang mampu simpan gaji sebab buat kerja sampingan seperti mengajar tuisyen. Hasilnya digunakan untuk simpanan hari tua dan keperluan kesihatan,” komen seorang pengguna.

Namun, ada juga yang berkongsi realiti sebenar dunia pendidikan.

“Hakikatnya bukan senang nak naik gred. Ada guru berkhidmat lebih 20 tahun, jadi guru kanan, tapi gaji ketika pencen sekitar RM6,000 sahaja,” ujar netizen.

Seorang lagi pengguna, Afif Hafizin pula berpendapat ganjaran tersebut sepadan dengan pengorbanan yang dibuat.
“Gaji besar, pencen pun lumayan,” katanya ringkas.

Perkongsian ini secara tidak langsung membuka mata ramai bahawa kerjaya guru mempunyai laluan kenaikan pangkat dan pendapatan yang luas, namun ia menuntut tempoh perkhidmatan panjang, prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam dunia pendidikan. Jadi guru cemerlang, anak murid pun cemerlang!

Baca juga: Cikgu VS Pensyarah, Kerjaya Yang Mana Lebih ‘Berbaloi’ Dari Segi Gaji, Elaun & Masa Depan?

Sumber: Threads

Foto utama: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×