Di saat ramai ibu bapa risau dengan penularan Influenza A yang semakin teruk sehingga meragut nyawa, seorang ibu ini pula berdepan ujian yang jauh lebih berat iaitu anak perempuannya menghidap penyakit misteri dipanggil penyakit HSP.
Hal ini kerana, penyakit ini jarang berlaku namun boleh membawa komplikasi yang sangat berbahaya!
ANAK DISERANG PENYAKIT HSP, MISTERI DAN JADI PUNCA TAK BOLEH EBRJALAN

Melalui perkongsian di Facebook, ibu yang bernama Amatul Zahidi menceritakan detik pilu apabila anaknya disahkan menghidap Henoch-Schönlein Purpura (HSP), sejenis radang saluran darah kecil yang boleh menyebabkan ruam, kesakitan sendi, dan masalah pada buah pinggang.
“Waktu orang lain sibuk risau pasal Influenza A, saya pula sibuk jaga anak yang diserang penyakit ni. HSP nampak macam biasa, tapi boleh buat pesakit langsung tak boleh berjalan. Hancur hati bila anak yang sihat tiba-tiba jatuh sakit begini..” tulisnya.
Kongsinya, anak yang baru dua hari keluar hospital disangka sudah pulih, kini masuk semula ke wad. Menurutnya lagi, anaknya sebelum ini masih mampu berjalan walaupun perlahan namun kini, hanya untuk berpijak pun sudah tidak terdaya.
Apa Itu HSP (Henoch-Schönlein Purpura)?

HSP ialah penyakit radang saluran darah kecil (vasculitis) yang biasanya menyerang kanak-kanak berumur antara 3 hingga 10 tahun.
Apabila saluran darah kecil ini meradang, ia boleh menyebabkan kebocoran darah di bawah kulit, usus, atau buah pinggang.
Penyakit ini tidak berjangkit, namun biasanya terjadi selepas jangkitan seperti selesema, batuk, atau sakit tekak iaitu apabila sistem imun tubuh bertindak balas secara berlebihan.
Tanda dan Gejala HSP:
1. Ruam merah keunguan (purpura)
• Biasanya muncul di kaki, punggung, atau tangan.
• Nampak seperti lebam, tetapi tidak hilang apabila ditekan.
2. Bengkak dan sakit sendi
• Terutama di lutut, pergelangan kaki, atau tapak kaki.
• Anak kadangkala tidak mampu berjalan akibat sakit yang kuat.
3. Sakit perut
• Disebabkan saluran darah di dalam usus turut meradang.
• Kadang-kadang menyebabkan muntah atau najis berdarah.
4. Masalah buah pinggang
• Air kencing mungkin berdarah atau berbuih.
• Doktor biasanya akan pantau keadaan buah pinggang selama beberapa minggu selepas diagnosis.
5. Kuku atau kulit membiru
• Menunjukkan peredaran darah terganggu akibat bengkak teruk.
• Tanda ini memerlukan rawatan segera di hospital.
“Semua simptom ini dialami anak saya. Doktor kata penyakit ni jarang (rare) tapi sangat berisiko..Saya hanya mohon doa daripada semua agar anak saya, Wan Khairunnisa Husna, sembuh sepenuhnya dan kembali ceria seperti dulu,” katanya mengakhiri perkongsian.
*Mari sama-sama kita doakan supaya ada keajaiban untuk menyembuhkan penyakit misteri yang dialami oleh adik ini. Hati-hati juga ya ibu bapa di luar sana!
Baca juga: Bahaya Tersembunyi, NPRA Dedah Lebih 200 Produk INI Ada Kapur Barus, Jadi Punca Anak Kerap Sawan!
Sumber: Amatul Zahidi
