Euforia Bola 2026
Sihat

Kebimbangan Meningkat! Ramai Ibu Kongsi Anak Dijangkiti Pelbagai Virus Bermusim, Wad Kanak-Kanak Didakwa Makin Penuh

wad kanak-kanak

Perkongsian mengenai keadaan wad kanak-kanak di beberapa hospital menjadi perhatian ramai selepas seorang wanita mendakwa jumlah pesakit kecil yang dimasukkan ke hospital semakin meningkat akibat pelbagai jangkitan virus bermusim.

Baca juga: Doktor Jelas Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD) Akan Pulih Sendiri, Yang Penting Jaga Kebersihan!

WAD KANAK-KANAK DIDAKWA SEMAKIN PENUH AKIBAT JANGKITAN VIRUS BERMUSIM

wad kanak-kanak

Gambar hiasan: Gemini AI

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads, ibu bapa dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana penyakit seperti influenza, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), Respiratory Syncytial Virus (RSV) serta rotavirus didakwa semakin banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Dalam perkongsiannya, wanita tersebut menggesa ibu bapa agar mengurangkan risiko pendedahan anak-anak kepada tempat yang sesak, khususnya kawasan permainan yang sering menjadi tumpuan ramai.

“Korang yang ada anak, wad kanak-kanak di hospital makin penuh.

Please jaga-jaga tau datang musimnya HFMD, influenza, RSV. Tolong sangat jangan bawa anak main indoor atau outdoor yang ramai anak-anak buat masa sekarang,” dedah wanita tersebut.

Baca juga: 4 Penyakit Kanak-Kanak Ibu Bapa Kena Alert, Jangan Ambil Mudah!

Para ibu kongsi pengalaman anak masuk wad

Di ruangan komen, para ibu turut berkongsi pengalaman mereka apabila anak-anak dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti pelbagai penyakit bermusim sejak kebelakangan ini.

“Betul, anak-anak saya baru seminggu keluar wad. Stay 15 hari di wad, tiga-tiga positif rotavirus,” kongsi seorang ibu.

“Dah masuk musim HFMD, influenza dan RSV. Tolong sangat jangan bawa anak bermain di tempat indoor atau outdoor yang ramai kanak-kanak buat masa sekarang,” kongsi ibu yang lain.

Dalam masa sama, ada juga ibu yang berkongsi anaknya dimasukkan ke hospital selama enam hari akibat rotavirus selepas mereka sekeluarga mengunjungi kolam renang sehari sebelumnya.

Seorang lagi ibu menceritakan anaknya mengalami batuk dan selesema secara tiba-tiba sehingga memerlukan rawatan nebulizer. Menurutnya, sehari sebelum simptom itu muncul, mereka sempat membawa anak ke pasar malam.

wad kanak-kanak

Gambar hiasan: Gemini AI

“Anak-anak saya tujuh hari warded, lepas itu sambung mak dia pula tiga hari warded. Rotavirus is not a joke! Stres muntah dan cirit-birit,” kongsi pula ibu lain.

Seorang ibu turut meluahkan rasa simpati apabila melihat seorang bayi berusia empat bulan dirawat akibat rotavirus ketika berada di wad. Dia mendakwa beberapa hospital swasta yang dihubunginya ketika itu juga sudah penuh.

Walaupun perkongsian ini merupakan pengalaman individu yang dikongsikan di media sosial dan tidak menggambarkan keseluruhan situasi di semua hospital, ia tetap menjadi peringatan kepada ibu bapa supaya lebih berwaspada terhadap penularan penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak.

TINDAKAN IBU BAPA BOLEH BUAT

Bagi mengurangkan risiko jangkitan, ibu bapa disarankan mengambil beberapa langkah pencegahan seperti:

  1. Elakkan membawa anak ke tempat yang sesak jika tidak perlu.
  2. Pastikan anak mencuci tangan dengan sabun secara kerap.
  3. Kuarantinkan anak di rumah jika mengalami demam, batuk atau simptom penyakit berjangkit.
  4. Jangan hantar anak ke taska atau sekolah sekiranya kurang sihat.
  5. Dapatkan pemeriksaan doktor jika simptom bertambah teruk atau berpanjangan.

Walaupun dakwaan mengenai wad kanak-kanak yang semakin penuh belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa kesihatan, perkongsian ini boleh dijadikan peringatan kepada ibu bapa agar lebih peka terhadap keadaan kesihatan anak-anak.

Sekiranya anak mengalami demam tinggi, sukar bernafas, muntah berterusan, cirit-birit yang teruk atau kelihatan lemah, segera bawa mereka mendapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

Sumber: Threads @diaacydaa_

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×