Dalam dunia di mana tahap kesihatan berada di paras makin mencabar, kualiti perkhidmatan, kemudahan moden dan kepuasan pesakit menjadi penanda aras penting dalam menilai prestasi sesebuah hospital. Jadi, tahun 2025 menyaksikan persaingan sengit antara hospital terbaik di Malaysia.
Berdasarkan penilaian menyeluruh yang melibatkan kepakaran perubatan, teknologi, kadar kejayaan rawatan serta pengalaman pesakit, berikut merupakan 20 hospital terbaik di Malaysia bagi tahun 2025 untuk dijadikan rujukan penting!
Baca juga: 50 Ubat ‘Painkiller’ Secara Semulajadi, Nak Rawat Sakit Kepala, Senggugut, Kulit Gatal…Semua Ada!
TOP 20 HOSPITAL TERBAIK DI MALAYSIA TAHUN 2025!

Foto: Sunway Medical Centre di tangga pertama!
Proses penilaian ini melibatkan data pengalaman pesakit daripada aspek komunikasi dan keselesaan, metrik kualiti hospital yang diperoleh daripada standard keselamatan dan hasil rawatan serta Kaji Selidik Pelaksanaan PROMs (Patient-Reported Outcome Measures).
Secara keseluruhan, sebanyak 2,400 hospital telah dianalisis di peringkat global namun hanya 250 hospital berjaya mencapai peringkat teratas. Berikut merupakan ranking skor hospital:
1. 89.50% : Sunway Medical Centre
2. 87.99% : Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
3. 86.35% : Subang Jaya Medical Centre
4. 84.97% : Hospital Kuala Lumpur
5. 84.61% : Prince Court Medical Centre
6. 82.64% : Pantai Hospital Kuala Lumpur
7. 80.68% : Island Hospital, Georgetown
8. 79.08% : Pantai Hospital, Ampang
9. 78.69% : KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
10. 78.65% : Ara Damansara Medical Centre
11. 78.49% : Mahkota Medical Centre, Melaka
12. 75.98% : Gleneagles Hospital Penang
13. 75.53% : Pantai Hospital Penang
14. 75.00% : KPJ Penang Specialist Hospital
15. 74.95% : Pantai Hospital Ayer Keroh
16. 74.92% : University Malaya Medical Centre
17. 74.79% : Penang Adventist Hospital
18. 74.52% : ParkCity Medical Centre
19. 74.40% : Beacon Hospital, PJ
20. 74.26% : KPJ Damansara Specialist Hospital

Foto: freepik
*Tahniah diucapkan kepada hospital-hospital terbaik ini dan terus mekar dalam menyediakan khidmat kesihatan kepada rakyat Malaysia!
Baca juga: 10 Jenis Doktor Pakar Dapat Gaji Lumayan Di Malaysia, No.3 Boleh Cecah RM60K Sebulan!
Sumber: Berita RTM
