Tanda suami curang ada pelbagai cara yang boleh dikesan. Namun, menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, gerak batin yang dimiliki oleh isteri sangatlah kuat kerana dia juga boleh menghidu sekiranya si suami cuba menduakannya.
Gerak batin ini merupakan kelebihan yang diberikan Allah SWT buat para isteri. Cuma, naluri isteri ini ada masanya akan ‘terover’ pun boleh jadi juga sebab tak dapat nak kawal perasaan. Itulah kelebihan dan kelemahan gerak batin seorang isteri.
Baca juga: Mulut Masyarakat Suka ‘Mengata’ Wanita Tak Kahwin, Inilah 5 Gangguan Diterima ANDARTU!
TANDA SUAMI CURANG BOLEH DIKESAN GERAK BATIN ISTERI
Selain itu, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah turut berkongsi cara isteri menegur suami secara halus dan menyedarkannya akan kesalahan yang dilakukan.
Wanita ada gerak batin yang sangat kuat tatkala si suami ada orang lain di hatinya. Namun, biasanya seorang wanita jadi tersepit dan tak tahu nak suarakan macam mana.
Baca juga: 5 Panduan Cerai ‘Fast Track’, Kes Boleh Selesai Dalam Masa 1 Hari Je! Mudahnya Urusan~
5 CARA HALUS TEGUR & SEDARKAN SUAMI CURANG
Ini 5 teknik halus untuk menegur suami dan menyedarkannya:
1. Masukkan topik curang dalam perbualan
Tanyalah begini,
“Si Abu (bukan nama sebenar) peramah semacamlah melayan perempuan. Padahal anak dah berderet -deret dah. Itu hari kantoi keluar dengan Cik Semah belakang rumah. Tak habis-habis main kayu 3. Apa abang rasa kalau orang yang suka curang dengan pasangan ni?”
Lihat apa makna curang dalam dirinya. Ini disebabkan kadang-kadang lelaki ini rasa benda itu normal, tapi sebenarnya ia dah melangkaui batas.
Dengan itu, kalian perlu bincang dan letakkan erti curang yang sama antara kalian supaya kamu atau dia tidak melakukan sesuatu yang dianggap curang.
2. Berhati-hati dengan petanda curang
Jika ada saja tabiat yang pelik atau mencurigakan dari suami kamu, maka kamu perlu hati-hati. Contohnya, bila kamu lihat suami jauhkan diri bila hubungi sesorang atau mungkin WhatsApp dalam tandas lama-lama.
Mesti ada sesuatu yang aneh. Masa inilah gunakan bakat kamu sebagai detektif conan dan mulakan penyiasatan.
3. Yakin dengan gerak hati
Jika kamu rasa ada benda tak kena je, eloklah berbincang terus dengan suami. Atau pun mula lakukan penyiasatan secara diam-diam.
Semua ini perlu kamu lalui dengan baik-baik. Jangan terus melenting atau cepat menghukum.
Baca juga: Ibu Baru Bersalin Terkejut Disuruh Mandi Wiladah Jam 4 Pagi, Mufti Jelaskan Bila Waktu Mandi Wajib
Baca juga: Individu Kena ‘Basuh’ Lepas Komen, “Taat Kepada Suami Itu MUTLAK Biarpun Dia Jahat Sekalipun!”
4. Minta suami berlaku jujur
Kadang-kadang bila kamu cakap baik-baik, InsyaAllah suami akan jadi lembut hati. Dan sampai masanya dia akan ceritakan juga sekiranya dia ada bermain kayu tiga dibelakang kamu.
Masa itu kamu tenang saja. Jangan terbuai emosi. Biarkan dia ceritakan dari A-Z.
Sekiranya kes ini kamu tidak dapat tangani dengan baik, maka biar mahkamah selesaikan. hehe!
5. Berdoa dan berserah bulat-bulat kepada Allah SWT
Inilah cara paling berkesan sebagai seorang hamba Allah. Pintu keluar untuk segala ujian dan masalah yang kita hadapi, hanyalah pada pencipta kita.
Dia yang memberikan kita kebahagiaan dan Dia pasti akan menolong hamba-hamba yang bertakwa kepada-Nya.
Para suami isteri yang Tok Abah sayangi,
Tutuplah macam mana pun. Diamlah macam mana pun. Bersembunyi sesuatu perkara tetap dikesan pasangan. Kerana ingat, tatkala kalian sudah berkahwin, bermakna hati kamu juga telah disatukan.
Maka sembunyilah apa pun, rasa cinta dan sayang terhadap orang lain, tetap pasangan kamu dapat menghidu dengan cepat. Semoga rumahtangga kalian bahagia sahaja ya.
Berterus terang lebih awal, jauh lebih baik, nak.
Baca juga: Awak Yang Bujang Jangan Kalut Nak Kahwin, Ini Prof Kongsi 5 Teknik ‘Simulasi’ Pilih Pasangan Hidup!
Sumber: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
FT Image: Google

