Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Suami Diserang Strok Lepas Kantoi Curang, Kini Anak & Isteri Yang Kecewa Kembali Menguruskannya!

alami strok

Seorang wanita berkongsi pengalaman peritnya apabila suaminya dilaporkan alami strok dan masalah jantung dipercayai berpunca daripada tekanan selepas perbuatannya bermain kayu tiga terbongkar. Hati seorang isteri bagai direntap, kecewa, marah dan sedih bercampur-baur apabila orang yang selama ini dipercayai paling dekat rupanya menyimpan rahsia besar.

Kini, anak dan isterilah yang terpaksa memikul tanggungjawab menjaga lelaki itu, menggantikan kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya datang daripada seorang suami.

Baca juga: Ini 12 Cara Berkesan Tegur Pasangan Dengan Hormat, Tanpa Drama Pinggan & Cawan Terbang!

alami strok

Seperti ungkapan yang diketahui ramai “Allah Maha Adil, doa orang teraniaya selalu dikabulkan.”

Setiap detik di pusat rawatan itu menyedarkan wanita ini bahawa kesabaran dan pengorbanannya tidak sia-sia, walaupun luka di hati sukar diubati. Pengalaman itu meninggalkan rasa pahit, tetapi juga menguatkan dirinya untuk terus tabah menghadapi kehidupan.

Dalam pendedahan lain, wanita itu mendedahkan bahawa suaminya telah menjalin hubungan dengan seorang gadis muda hingga sanggup membelikan rumah, kereta dan pelbagai barang mewah.

Baca juga: Isteri Baru Habis Rawatan Barah, Terjumpa Suami Doktor Kantoi Skandal Dengan Gadis Umur 22 Tahun!

alami strok

Pihak isteri sempat melihat gadis itu menangis sambil menutup wajahnya ketika berkunjung ke kediaman berkenaan, untuk bersemuka dengan perosak rumah tangganya yang telah dibina selama bertahun-tahun.

“Sembilan tahun adalah tempoh yang cukup lama untuk aku dikhianati,” kata si isteri, suaranya berat dengan keletihan emosi. Malah, dia sudah lama mengetahui ketidaksetiaan suaminya, tetapi kali ini kesabarannya benar-benar sudah sampai ke penghujung.

Rasa dikhianati, dipermainkan dan dikecewakan, semuanya bercampur menjadi satu kepedihan yang sukar digambarkan.

Kini, walaupun luka itu masih terasa, kehidupan diteruskan. Anak-anak dan si isteri terus menguruskan keadaan, sambil belajar menguatkan diri dan menghadapi cabaran rumah tangga yang tidak diduga.

Baca juga: “Bini Saya Rosnah! Sila Naik Bas” – Suami Sweet Jemput Isteri Terkandas Di MRT Buat Netizen Geli Hati

Sumber: Kisah Dunia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×