Bermain kayu tiga bukan sekadar pengkhianatan terhadap pasangan, tetapi juga luka yang menggores perasaan anak-anak. Bagi segelintir lelaki yang memilih untuk curang, mungkin mereka hanya memikirkan kepuasan diri tanpa menyedari kesannya terhadap keluarga sendiri.
Namun bagi seorang anak, menyaksikan ibu yang setia dikhianati oleh suami tercinta adalah pengalaman pahit yang sukar dihapuskan seumur hidup.
Baca juga: Tular Pikap Berpelekat Bahasa Isra*l “Malaysia Rumah Kami”, Dikenal Pasti Sebagai Warga Tempatan!
ANAK TANGKAP AYAH BERMAIN KAYU TIGA DI KEDAI MAKAN

Perasaan itu turut dirasai seorang wanita bernama Atikah yang baru-baru ini tular di TikTok selepas mendedahkan detik dia sendiri ‘menangkap’ bapanya keluar makan dengan seorang wanita dipercayai warga Indonesia.
Pada awalnya, Atikah hanya memerhati dari jauh sambil menahan sebak, sebelum akhirnya memberanikan diri untuk mendekati mereka.
“Kenapa bapa bawa dia pergi makan? Kenapa bapa tak bawa mak pergi makan? Kenapa bawa dia? Ini siapa?” Aju Atikah dengan suara yang bergetar menahan marah dan sedih.
Pertemuan itu bertukar menjadi adegan tegang apabila berlaku sedikit perang mulut antara anak dan bapa.
Baca juga: 7 Kisah Hukuman Zaman Dahulu Yang Kejam, Pelik & Menggerunkan Hingga Tak Masuk Dek Akal!
Namun yang paling menyayat hati ialah apabila Atikah bertanya dengan penuh hiba, mengapa bapanya sanggup keluar bersama wanita lain sedangkan ibunya di rumah tidak pernah berbuat perkara yang sama.
“Mak aku tak pernah nak keluar dengan suami orang. Sedangkan bapa siap curang dengan perempuan Indonesia.
“Dia sanggup marah aku, pukul aku sebab betina tu. Sampai bila kita nak kumpul dosa bapa sendiri? Cukup la bapa. Sumpah aku kecewa sangat,” tulisnya pada kapsyen video.
Sebelum kejadian itu, Atikah mengaku sudah beberapa hari berperang dengan perasaannya sendiri.
“Sebelum kantoi jumpa depan mata sendiri, tiga hari aku tak lalu makan. Tiga hari itu aku kerap jumpa korang (merujuk kepada bapa dan skandal). Sekarang aku tak boleh tahan,” tulisnya.
Rasa kecewa dan marah yang membuak akhirnya mendorong dia untuk bersemuka dan mencari jawapan yang selama ini membelenggu hatinya.
@atikah0564 8/10/2025 ya Allah viral kan video aku ..sedang kan mak aku xpnh nk keluar dgn lky org. sedang kann bpk siap curangg an betina indo ,die sgguup marah aku pukul aku sbb betina ituuu ..smpai bilaa kita nk kumpul dosaa bpk kitaa. ckup lah bpk oiiii….aku sumpah kecewa sgt.
Sumber: TikTok @atikah0564
FT Image: TikTok @atikah0564
