Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Kantoi Teman Perempuan Lain Di Klinik, Suami Kena Lempang Depan Orang! “Puas Hati Tengok..”

suami curang

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman menunjukkan suami curang dan seorang wanita datang ‘mengejutkan’ suaminya yang ketika itu sedang menemani perempuan lain di sebuah klinik kesihatan.

Menerusi video itu dapat dilihat, si suami dan seorang wanita memakai baju t-shirt berwarna hitam berada di kaunter ubat klinik kesihatan.

Baca juga: Pelukan Suami Bukan Kosong, Ini Maksud Tersirat Disebalik 6 Cara Bila Cik Abang Memeluk Isteri

SUAMI CURANG PERGI KK DENGAN WANITA LAIN, ISTERI SEMPAT TAMPAR MUKA

SUAMI CURANG

Apabila ‘disapa’ oleh isterinya, lelaki berkenaan menolak dakwaan berlaku curang dan menegaskan hubungan mereka sekadar kenalan rapat sahaja. Dia turut memberi alasan tidak masuk akal dengan menyatakan wanita itu merupakan adik kepada sahabatnya.

Dalam klip yang dirakam, isteri itu kelihatan menampar suaminya di hadapan orang ramai. Sementara itu, wanita yang didakwa ‘orang ketiga’ cuba menafikan tuduhan serta berusaha menjauhkan diri daripada pasangan tersebut.

Video berkenaan suami curang itu telah dimuat naik sendiri oleh si isteri di akaun TikTok miliknya dan sehingga kini sudah meraih jutaan tontonan dan sudah pastinya dibanjiri komen daripada warganet.

Suami tersebut turut dilihat berkali-kali meminta agar isterinya tidak mengaitkan rakannya itu serta menegaskan wanita tersebut tidak bersalah.

SUAMI CURANG

Lebih mengejutkan, dia dengan beraninya memberi amaran kepada isterinya agar tidak menyentuh wanita berkenaan kerana bimbang isu tersebut boleh melibatkan campur tangan polis.

Dalam hantaran lain, si isteri turut berkongsi tangkap layar perbualan mesej, di mana suaminya dilihat berpesan kepada wanita terbabit supaya tidak menghubunginya buat sementara waktu bagi mengelak daripada ‘kantoi’.

“Isteri sendiri cantik, nak juga perempuan lain. Siap temankan pergi klinik kesihatan lagi tu. Bila isteri minta, mesti tak nak teman,” komen pengguna media sosial.

Baca juga: “Suami Rimas Bila Saya Dekat” – Setahun Tak Pernah Bersama, Luahan Wanita Ini Buat Ramai Pelik!

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×