Kisah memilukan mengenai seorang bayi perempuan berusia setahun lebih yang dipercayai menjadi mangsa serangan seksual sehingga menyebabkan lubang vagina menjadi besar dan tidak normal.
Kisah ini mencetuskan rasa marah dan takut dalam kalangan masyarakat, terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Lebih merisaukan adalah serangan seksual yang dimaksudkan ini berlaku di rumah asuhan!
LUBANG VAGINA BUDAK USIA 1 TAHUN DUDUK RUMAH PENGASUH TAK NORMAL, SERANGAN SEKSUAL?

Perkara mengejutkan itu dikongsi oleh seorang wanita bernama Nazratul Fareha melalui laman Threads, selepas dimaklumkan sendiri oleh suaminya yang bertugas di sebuah klinik kesihatan.
Menurutnya, bayi malang itu dibawa ibunya untuk buat pemeriksaan kerana menangis tanpa henti serta menunjukkan kesakitan di bahagian sulit. Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat tanda-tanda abnormal pada fizikal bayi, sekali gus menimbulkan syak wujudnya perbuatan kejam yang tidak berperikemanusiaan.
“Yang paling menakutkan, bayi itu dijaga di rumah seorang pengasuh yang hanya ditemani sepasang warga emas. Tidak pasti siapa pelakunya, tapi kalau benar ada manusia pervert sanggup buat pada bayi, memang kejam gila!” tulis Nazratul, sambil mengakui turut berasa trauma sebagai seorang ibu.
Ibu ini menambah bahawa kes itu telah pun dilaporkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Ibu bapa mula hilang kepercayaan terhadap pengasuh persendirian

Foto hiasan: freepik
Pendedahan tersebut menimbulkan kebimbangan ramai pengguna media sosial. Ramai ibu bapa meluahkan rasa gusar, khususnya tentang keselamatan anak-anak yang ditinggalkan di rumah pengasuh tanpa sebarang pemantauan.
Seorang ibu dikenali sebagai Amirah di lama Threads, mengakui insiden sebegitu menjadi sebab dia memilih untuk menghantar anak ke taska berdaftar.
“Rumah pengasuh biasanya tiada CCTV. Kita cuma boleh percaya semata-mata. Tapi kalau fikirkan kemungkinan orang ambil kesempatan pada anak kecil, memang seram,” katanya.
Kisah menyayat hati dan sangat merisaukan ini bukan sahaja membuka mata masyarakat tentang bahayanya meninggalkan anak tanpa kawalan, malah menjadi peringatan betapa pentingnya pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas demi melindungi golongan tidak berdaya, khususnya bayi dan kanak-kanak.
Baca juga: Anak Sihat & Ceria Ketika Dihantar Ke Rumah Pengasuh, Pulang Dengan Muka Penuh Berbirat Luka!
Sumber: Threads
