Euforia Bola 2026
Asuh

Baru 4 Jam Hantar Anak Di ‘Playschool’, Ibu Kecewa Bila Pulang Muka Berbekas Merah & Jari Terkoyak!

ANAK CEDERA

Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak cedera, tetapi kejadian tidak diduga boleh berlaku walaupun di sekolah. Baru-baru ini, seorang ibu berkongsi pengalaman apabila anaknya pulang dari sekolah dengan beberapa kecederaan dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Baca juga: [TERKINI] Prasekolah Bermula Usia 5 Tahun, Darjah Satu Umur 6 Tahun Mulai 2027– Ini Intipati Dasar Pendidikan Negara

IBU DAKWA ANAK CEDERA DI SEKOLAH, BARU TINGGAL 4 JAM

ANAK CEDERA

Menurut ibu berkenaan, sepanjang tempoh penjagaan di rumah oleh keluarga termasuk atuk dan nenek, anaknya tidak pernah mengalami sebarang kecederaan seperti bibir lebam, jari terkoyak atau pipi merah. Namun, selepas beberapa jam di sekolah, hanya setengah hari iaitu dari jam 7:30 pagi hingga 12:30 tengah hari, anak lelakinya itu pulang dengan tiga kecederaan berbeza.

“Baru hari kelima hantar anak, sebelum ini tak ada apa-apa injured. Setakat nangis tu kami anggap benda biasalah baru masuk school kan. Tapi amik balik school harini tiba2 3 tempat terus injured. Selama dengan kami atau atuk nenek jaga tak pernah pun bibir lebam pecah, jari terkoyak sampai 3 jari, dekat pipi merah tu agak-agak kenapa ya,” jelasnya.

Bibir anak dipercayai lebam akibat tergigit sendiri, manakala pipi yang kemerahan hanya disedari ibu selepas pulang. Lebih membimbangkan, tiga jari anaknya turut terkoyak sehingga terdapat kesan darah pada pakaian. Menurut ibu, guru hanya memberitahu mengenai bibir yang tergigit, manakala kecederaan pada pipi dan jari tidak dimaklumkan.

“Masa ambil cikgu just cakap bibir tu sebab anak tergigit sendiri. Yang pipi merah saya yg perasan, tapi teacher cakap tak tahu. Dah balik baru saya perasan jari tu koyak. Siap baju ade stain darah. Mesti anak nangis. Tak akan teacher tak perasan? Boleh sahaja balik tu terus inform ibu,” luah si ibu.

ANAK CEDERA

Kejadian ini menimbulkan persoalan tentang pemantauan dan komunikasi di sekolah, terutamanya bagi kanak-kanak yang baru menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.

Ibu bapa disarankan untuk memeriksa keadaan anak dengan teliti selepas sesi persekolahan, serta berkomunikasi secara terbuka dengan pihak sekolah mengenai sebarang kecederaan atau insiden yang berlaku.

Perkongsian ibu ini menjadi peringatan bahawa walaupun tempoh masa anak di sekolah singkat, pemantauan keselamatan tetap penting, dan pihak sekolah digalakkan untuk memaklumkan segera kepada ibu bapa sekiranya berlaku kecederaan.

Baca juga: Ramai Ibu Ayah Tak Tahu! Cara Letak Tag Nama Dalam Group WhatsApp Kelas Anak, Cikgu Lebih Mudah Kenal

Sumber: Threads OyienLunna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×