Euforia Bola 2026
Asuh

“Anak Cina Yang Saya Pernah Jaga Dulu..”– Xuen Xuen Sebak Menangis Rindu Pengasuh, Siap Tunjuk Rumah Walau Dah Berpisah Lama

ANAK JAGAAN

Perkongsian seorang wanita mengenai anak jagaan miliknya di Threads telah menyentuh hati ramai apabila kanak-kanak itu dilihat menangis sambil menunjukkan rumah lamanya, sekali gus mengundang sebak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pengguna dikenali sebagai @Efa_ezani, dia menyifatkan hubungan bersama kanak-kanak tersebut seperti ibu dan anak sendiri, meskipun bukan daripada ikatan darah.

Baca juga: “Layan Macam Anak Sendiri”- Bukan Sekadar Pengasuh, Setiap Hari Wanita Ini Masak Menu Sedap Sedap Untuk Anak Asuhan

ANAK JAGAAN RINDU PENGASUH, XUEN XUEN NANGIS TUNJUK RUMAH

ANAK JAGAAN

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan kini sudah kembali tinggal bersama keluarganya di kampung selepas mereka tidak lagi tinggal berdekatan.

“Anak cina yang saya pernah mengasuh. Rasa sayang tu mcm anak sendiri. Sekarang saya dah tak mengasuh dia. Dah pindah balik kampung. Bila mak dia hantar video, rasa sedih sebab hari-hari dia dengan kita. 

“Makcik sentiada doakan yang baik-baik untuk Xuen Xuen. Semoga jumpa orang yang baik-baik juga. Bila tengok video budak-budak kena dera tu, tergamaknya buat anak orang macam itu kan,” luahnya di media sosial.

Luahan tersebut turut disertakan dengan doa agar kanak-kanak yang dikenali sebagai Xuen Xuen itu terus membesar dengan baik dan dipertemukan dengan insan yang baik.

ANAK JAGAAN

Dalam perkongsian sama, wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kata-kata positif serta doa terhadap dirinya dan kanak-kanak tersebut.

“Terima kasih pada aunty and uncle semua yang doakan dan cakap yang baik-baik. Saya tak sangka ramai yang respond dan berhati baik. Tak dapat nak balas semua komen. Xuen Xuen budak baik macam mak dia juga baik sangat. Banyak kenangan kami bersama,” katanya.

Dia turut menjelaskan bahawa jarak bukan penghalang hubungan mereka, apabila kini mereka berada di lokasi berbeza.

“Untuk yang bertanya kami jauh ke? Dia dekat Johor Bahru, Saya pindah Kuantan. Doakan ya ada rezeki kami dapat jumpa lagi, InsyaAllah,” jelasnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan hubungan kasih sayang antara pengasuh dan anak jagaan, selain mendoakan agar mereka dipertemukan semula suatu hari nanti.

Baca juga: “Daddy Sendiri Turunkan Aya Ke Liang Lahad…” Bayi Dinanti 11 Tahun Pergi Selepas 72 Jam Kritikal

Sumber: Threads Efa Ezani

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×