Dalam dunia media sosial, pelbagai istilah baharu berkaitan kesihatan seksual mula tular dan salah satunya ialah ‘peegasm’. Istilah ini menjadi perbualan hebat apabila ada yang mengatakan teknik tahan kencing sebelum bersama lebih ‘memuaskan?
Apakah sebenarnya ‘peegasm’ ini dan adakah ia sesuatu yang baik untuk hubungan intim suami isteri? Mari kita baca dengan lebih mendalam.
Tahan Kencing Sebelum Hubungan Seksual Teknik ‘Puas’ Yang Baharu? Apa Itu ‘Peegasm’?

‘Peegasm’ merupakan gabungan dua perkataan, pee (kencing) dan orgasm (klimaks). Ia merujuk kepada sensasi kenikmatan yang dirasai apabila seseorang menahan kencing dalam tempoh lama, kemudian membuang air kecil secara tiba-tiba. Dalam sesetengah kes, individu terutamanya wanita mendakwa mengalami rasa seperti klimaks atau sensasi yang sangat menyenangkan ketika proses itu berlaku.
Fenomena ini berlaku apabila saraf-saraf sekitar pundi kencing dan kawasan pelvis terangsang secara tidak langsung, lalu menghasilkan sensasi yang menyerupai orgasme.
Namun, walaupun kedengarannya ‘menarik’, pakar kesihatan tidak menggalakkan amalan ini.
1. Risiko Menahan Kencing Terlalu Lama
- Jangkitan saluran kencing (UTI): Menahan air kencing terlalu lama boleh menyebabkan bakteria membiak dalam pundi kencing.
- Kerosakan otot pundi kencing: Tekanan berulang boleh melemahkan otot kawalan kencing (urinary sphincter).
- Masalah buah pinggang: Dalam kes ekstrem, aliran air kencing yang tersumbat boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.
Justeru, walaupun peegasm mungkin memberikan sensasi luar biasa, kesan jangka panjangnya terhadap kesihatan urologi adalah berisiko.
Kalau Nak Cuba, Selamatkah Peegasm Ini Untuk Wanita?

Foto: freepik
Walaupun terdapat kajian saintifik yang menunjukkan teknik ini berpotensi merangsang hubungan seksual, masih ramai wanita berasa ragu-ragu untuk mencubanya. Menurut Pakar Seksualiti, Janet Brito, pundi kencing yang penuh ketika hubungan seks boleh meningkatkan sensasi kenikmatan, kerana kawasan tersebut termasuk dalam zon erotik wanita.
Tekanan terhadap pundi atau salur kencing semasa rangsangan seksual boleh memberikan kesan yang lebih mendalam terhadap kepuasan. Namun, teknik ini TIDAK WAJAR diamalkan secara kerap.
Dari perspektif seksual suami isteri, keintiman bukan semata-mata tentang sensasi fizikal, tetapi juga melibatkan emosi, komunikasi dan keselesaan bersama. Berikut pandangan dari sudut hubungan:
1. Perlu Komunikasi dan Persetujuan
Jika pasangan ingin meneroka pelbagai bentuk keintiman, termasuk rasa ingin tahu tentang peegasm, perbincangan terbuka amat penting. Namun, ia mestilah dilakukan tanpa memudaratkan kesihatan dan tidak menjadikan amalan menahan kencing sebagai ‘fetish’ yang berulang.
2. Fokus Kepada Keselamatan dan Keselesaan
Hubungan seks yang sihat menekankan keselamatan dan kesejahteraan fizikal pasangan. Ada banyak cara lain yang lebih selamat dan memuaskan dari sudut seksual untuk suami isteri tanpa melibatkan amalan yang berisiko.
*Rasanya macam tak payah tahan kencing, selesaikan mana yang patut dulu ya…
Sumber: Hello Doktor, Healthline
