Hubungan seks sihat bukan sahaja penting untuk keharmonian rumah tangga, tetapi juga boleh menjadi terapi semula jadi untuk mengusir kemurungan. Seks merupakan aktiviti menyeronokkan bagi setiap pasangan suami isteri.
Kebahagiaan yang terhasil daripada hubungan intim ini bahkan boleh membantu seseorang terhindar daripada kemurungan.
Baca juga: Dua Hati Satu Bilik Air, Ini 6 Sebab Suami Isteri PERLU Mandi Bersama Sekali-Sekala!
HUBUNGAN SEKS SIHAT, BERAPA KALI SEPATUTNYA DALAM SEMINGGU?

Gambar AI
Dipetik daripada Daily Mail, para saintis menemui angka ‘ajaib’ berkaitan berapa kali dalam seminggu bercinta untuk kehidupan yang lebih bahagia. Rupanya sekali seminggu sahaja sudah memadai.
Para penyelidik di Shantou University Medical College mendapati mereka yang berhubungan seks sekurang-kurangnya sekali seminggu mempunyai risiko kemurungan yang jauh lebih rendah berbanding mereka yang melakukannya kurang daripada sekali sebulan.
Kajian melibatkan 14,741 orang dewasa di Amerika Syarikat (AS) ini mendedahkan bahawa bercinta sekurang-kurangnya sekali seminggu boleh mengurangkan risiko gejala gangguan mood sehingga 24 peratus.
Kesan ini mungkin berpunca daripada pelepasan hormon kebahagiaan seperti endorfin dan dopamin yang berlaku semasa hubungan seks. Semasa hubungan intim, hormon ini meningkat sehingga 200 peratus.
“Tanpa mengira orientasi seksual, aktiviti seksual memberikan manfaat seperti meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup, yang memberi kesan signifikan terhadap kesihatan mental,” kata Profesor Mutong, salah seorang penulis kajian tersebut.
Menurut para penyelidik, hubungan seks yang dilakukan sekurang-kurangnya 103 kali setahun atau kira-kira dua kali seminggu didapati boleh memberikan manfaat optimum untuk mencapai kebahagiaan serta mencegah kemurungan.
Baca juga: “Abang, Sayang Penat…” Tangisan Sunyi Isteri Di Usia 40an, Ini Yang Suami Perlu Bersedia & Faham!
Sumber: Detik Health
FT Image: AI
