Euforia Bola 2026
Suami Isteri

2 Tahun PJJ, Akhirnya Kantoi ‘Housemate’ Suami Rupanya Isteri Orang, Siap Mesej Manja-Manja!

SUAMI KANTOI CURANG

Suami kantoi curang selepas dua tahun menjalani perkahwinan jarak jauh (PJJ). Hal ini didedahkan sendiri oleh si isteri di aplikasi Threads dan pastinya menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Apa yang lebih mengejutkan, difahamkan si suami itu ternyata ada ‘housemate’ di Perak dan merupakan seorang wanita berstatus isteri orang!

Baca juga: Menu Berpantang Elisya Sandha Tarik Perhatian Para Isteri, Ramai Teringin Ibu Mentua Macam Sheila Rusly!

SUAMI KANTOI CURANG, RUPANYA ‘HOUSEMATE’ PEREMPUAN

SUAMI KANTOI CURANG

Sekadar gambar hiasan

Jelasnya, suami kantoi curang apabila dia masih menggunakan telefon lamanya untuk menghubungi wanita berkenaan yang disimpan nama sebagai Aleef.

Pada mulanya, si isteri sanggup melepaskan suaminya dan memberi izin untuk kedua-dua mereka berkahwin tetapi ternyata wanita berkenaan adalah isteri orang.

“Dah 2 tahun PJJ dengan suami. Raya Haji baru dia balik dan masa itu kantoi yang dia masih guna phone lama dia. Dari situ, kantoi juga yang ‘housemate’ dia dekat Perak sebenar bukan lelaki macam yang dia cakap sebelum ni tapi perempuan.

“Aku ikhlas, aku reda kalau betul dia nak perempuan tu. Aku sanggup lepaskan dia. Tapi semua itu berubah bila aku dapat tahu yang perempuan tersebut sebenarnya isteri orang, yang juga tengah PJJ dengan suami dia.

“Bila aku stalk, perempuan tu memang cantik, ada kerjaya elok. Suami dia pula kerja offshore dan jujur aku cakap, suami dia tu jauh lebih hensem kalau nak dibandingkan dengan suami aku,” luah wanita itu.

Menerusi tangkap layar mesej yang dimuat naik, jelas kelihatan mereka berbalas mesej dengan nada manja, seolah-olah pasangan suami isteri. Bukan setakat itu sahaja, siap masak, sidai baju dan menguruskan hal rumah bersama-sama.

Perkongsian itu pastinya dipenuhi komen warganet yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya itu.

“Gelinya baca mesej ni, macam suami isteri dah gayanya..” komen pengguna media sosial.

Baca juga: Wanita 20an Ini Alami Kegagalan Buah Pinggang, Takut Bila Baca Puncanya Walaupun Aktif Bersukan!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×