Sedang tubuhnya lemah kerana baru selesai menjalani rawatan barah, hati seorang wanita pula dirobek apabila mengetahui suami yang diharap menjadi penyokong setia rupanya curang di belakang. Lebih memilukan, lelaki itu seorang doktor, insan yang sepatutnya menjadi pelindung saat dirinya berjuang melawan sakit.
Menurut satu video yang tular di media sosial, wanita berkenaan difahamkan baru selesai menjalani rawatan di pusat perubatan. Dalam perjalanan pulang, dia singgah sebentar di sebuah pusat membeli-belah tanpa menyangka langkah itu akan membongkar kisah hitam suaminya.
KISAH ISTERI BARU TAMAT RAWATAN BARAH

Di situ, dia terlihat suaminya bersama seorang wanita lain.
Tidak mahu terus berdiam diri, si isteri nekad bersemuka dengan mereka di kawasan food court. Situasi bertambah tegang apabila berlaku pergelutan kecil sebelum kejadian berlarutan sehingga ke tempat meletakkan kenderaan.
Wanita ini mendedahkan bahawa suaminya bukan kali pertama berlaku curang. Malah, hubungan perkahwinan mereka pernah terlerai pada tahun 2021, namun atas dasar kasih sayang, kedua-duanya kembali rujuk semula.
Sayangnya, peluang itu seakan dipersiakan apabila lelaki berkenaan sekali lagi kantoi mempunyai skandal, kali ini dengan seorang wanita kelahiran 2003.
Tambah si isteri, sejak kebelakangan ini suaminya sering memberi alasan sibuk bekerja dan jarang pulang ke rumah. Namun, siapa sangka alasan itu akhirnya terbongkar dengan kisah sebenar yang memeritkan hati seorang isteri yang sedang sakit.
Berkongsi perasaan, wanita itu mengakui sudah penat menghadapi segalanya sendirian. Dalam keadaan dirinya yang sedang bertarung dengan barah, pengkhianatan suami menambah luka yang sukar diubati.
Apa yang diharapkan sebagai sandaran semangat, kini bertukar menjadi ujian paling berat dalam hidupnya.
@novipitriona Pamit undur diri…sekian terimakasih untuk semua kenangan manis & kebaikannya sayang #fyp #pelakorviral #pelakor #dokterviral #selingkuh @DENNY SUMARGO @dr. Richard Lee, MARS, ph.D
Baca juga: Suami Kerja Jauh Minta Video & Gambar Intim, Isteri Risau Bimbang Jika Ia Tersebar Ke Media Sosial
Sumber: TikTok @novipitriona
FT Image: TikTok @novipitriona
