Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Isteri Hamil & 4 Anak Rentung Di Jasin, Suami Terselamat Menangis Minta Maaf Pada Mentua

rumah terbakar

Seorang wanita yang turut menjadi mangsa rentung rumah terbakar di Jasin bersama empat kanak-kanak pada awal pagi Khamis, disahkan hamil 5 bulan.

Mangsa, Laila Fathinah Mustapa, 37, dan empat anaknya, Nur Damia Batrisyia Abdullah,13, Izz Daffa Hafizuddin, 7, Nur Dalilah Khadijah, 6, dan Izz Danish Fathi, 4, manakala suami kepada Laila, Muhammad Khairuddin Saari, 35, terselamat.

Baca juga: 4 Kanak-Kanak Rentung Termasuk Seorang Wanita, Dalam Kejadian Rumah Terbakar Di Jasin!

RUMAH TERBAKAR DI JASIN

rumah terbakar

Gambar Sinar Harian: Muhammad Khairuddin dilihat beberapa kali meminta maaf kepada ibu mertuanya sambil ditenangkan Ab Rauf (tengah).

Muhammad Khairuddin terngiang-ngiang jeritan isteri

Melalui laporan Sinar Harian, Muhammad Khairuddin masih terngiang-ngiang akan jeritan isterinya yang meminta tolong.

Muhammad Khairuddin berkata demikian kepada ibu mentuanya, Ruziha Osman, 60, yang ketika itu sedang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jasin.

Dalam pertemuan itu, Muhammad Khairuddin dilihat gagal mengawal emosi dan beberapa kali meminta maaf kepada ibu mentuanya itu yang duduk di atas kerusi roda.

“Saya dengar suara isteri panggil nama anak-anak, panggil Damia tapi keadaan kaki ini (bersimen) saya minta maaf mak,” katanya.

Baca juga: Ibu Bapa Arwah Muhammad Al Fateh Yang Maut Di Taska, Dapat ‘Free’ IVF Daripada Tunku Azizah!

Kaki Muhammad Khairuddin bersimen, ditimpa kemalangan pada 2 minggu lalu

rumah terbakar

Gambar Sinar Harian: Muhammad Khairuddin dilihat beberapa kali meminta maaf kepada ibu mertuanya sambil ditenangkan Ab Rauf (tengah).

Tambahnya, dalam keadaan panik itu dia terdengar suara isterinya yang sedang hamil lima bulan memanggil nama anak sebelum jeritan itu hilang.

Ujarnya, dia yang ketika itu dapat menyelamatkan diri kemudian cuba masuk semula untuk menyelamatkan isteri dan empat anak namun dihalang penduduk kampung disebabkan api begitu marak dan asap tebal.

Katanya, ketika kebakaran itu baru berlaku, dia berusaha memadamkan api dengan menggunakan getah paip air namun tidak berjaya lebih-lebih lagi tekanan air di rumah sangat perlahan.

“Sehingga saat ini masih terbayang-bayang keadaan isteri dan anak-anak yang berusaha keluar untuk menyelamatkan diri namun tidak berjaya,” katanya.

Difahamkan Muhammad Khairuddin ditimpa kemalangan jalan raya di Alor Gajah dua minggu lalu sebelum diuji dengan musibah kebakaran ini.

Baca juga: Ingatkan Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Selepas Jangkitan Merebak!

Insiden 5 beranak rentung

rumah terbakar

Gambar Sinar Harian: Laila Fathinah (kiri) maut bersama empat anaknya (dalam bulatan) termasuk gambar kecil dalam kejadian kebakaran di Kampung Berangan Enam, Umbai, Melaka awal pagi Khamis.

Terdahulu Malaysia digemparkan dengan berita menyayat hati seorang ibu bersama empat anaknya rentung selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran.

Insiden yang meruntun hati itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang berkesempatan menziarahi Muhammad Khairuddin di Hospital Jasin.

Malah kerajaan negeri turut menyalurkan bantuan awal RM2,000 bagi meringankan beban keluarga mangsa.

Baca juga: Penyewa Putih Mata Deposit RM13,000 Kena ‘Burn’, Pemilik Rumah Tanda 300 Kecacatan Rumah!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian / Ihsan Bomba

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×