Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

JBPM Dedah Risiko Lari Ke Bilik Air Ketika Kebakaran, Kesilapan Biasa Yang Ramai Tak Sedar Boleh Ragut Nyawa!

keselamatan kebakaran

Dalam situasi cemas, ramai beranggapan bilik air adalah lokasi paling selamat, namun hakikatnya aspek keselamatan kebakaran menunjukkan sebaliknya. Di mana, tempat ini boleh menjadi antara ruang paling berisiko ketika api sedang marak.

Perkara ini dijelaskan menerusi video temu bual yang dimuat naik Astro Radio News di Facebook bersama pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), susulan kekerapan mangsa kebakaran ditemukan berhampiran atau di dalam bilik air.

Baca juga: Jangan Tunggu Kemalangan Baru Nak Ada Kit Kecemasan, 12 Barang Ini WAJIB Ada Dalam Kenderaan!

TIPS KESELAMATAN KEBAKARAN DARI JBPM

keselamatan kebakaran

Gambar hiasan: Gemini AI

Kenapa bilik air jadi pilihan mangsa?

Secara logik, ramai berfikir air sinonim dengan pemadaman api. Bilik air pula sering dianggap ruang ‘sejuk’ dan tertutup, sesuai untuk berlindung sementara menunggu bantuan tiba.

Namun menurut Mohammad Nu’Aim ‘Izzuddin, Pegawai Cawangan Program Kesedaran dan Keselamatan JBPM, persepsi itu tidak tepat.

Apabila kebakaran berlaku dan suhu sekeliling meningkat secara mendadak, ruang bilik air boleh bertukar menjadi seperti ruang wap panas. Haba terperangkap di dalam ruang tertutup itu, sekali gus membahayakan mangsa yang berlindung di situ.

Keadaan tersebut menyebabkan mangsa terdedah kepada suhu melampau dan kekurangan oksigen. Dalam banyak kes, anggota bomba menemukan mangsa kebakaran dalam keadaan yang amat menyedihkan akibat kesan haba dan asap tebal.

Tambahan pula, kebanyakan kes melibatkan kematian bukan kerana api tapi disebabkan asap. Hal ini kerana, asap mengandungi gas-gas beracun yang dipanggil choking agent yang boleh menyekat pernafasan daripada bernafas sehingga menyebabkan kematian.

Baca juga: Awas! MCMC Sekat Akses Grok AI, Didakwa Jana Kandungan Tak Senonoh Libatkan Wanita & Kanak-Kanak

keselamatan kebakaran

Gambar hiasan: Gemini AI

Apa patut dibuat ketika kebakaran?

JBPM menasihatkan orang ramai supaya tidak berlindung di dalam bilik air apabila kebakaran berlaku.

Sebaliknya, langkah lebih selamat ialah:

  1. Keluar segera dari rumah atau premis dengan berkumpul di kawasan selamat, sekurang-kurangnya kira-kira 100 kaki dari bangunan.
  2. Pastikan kunci rumah tidak diletakkan secara berlonggok atau sukar dicapai, kerana terdapat kes mangsa ditemui di hadapan pintu akibat gagal membuka pintu ketika panik.

Dalam insiden kebakaran, setiap saat amat berharga. Keputusan spontan yang dirasakan ‘logik’ belum tentu selamat dari sudut teknikal.

Perkongsian ini menjadi peringatan penting bahawa pemahaman tentang keselamatan kebakaran perlu berdasarkan fakta dan nasihat pihak berautoriti, bukan sekadar sangkaan.

Baca juga: Ramai Tak Sedar Taktik Kecurian Dalam Pesawat, Buat 4 Tips Mudah Ini Untuk Pastikan Barang Selamat!

Sumber: Facebook Astro Radio News

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×