Euforia Bola 2026
Famili

Rider Kecewa Pakaian Pelanggan Menjolok Mata Ambil Makanan, “Tahu Saya Dah Nak Sampai, Tapi Kenapa…”

tidak senonoh

Pakaian tidak senonoh pelanggan wanita ketika mengambil pesanan makanan, menjadi perbualan hangat apabila seorang penghantar makanan meluahkan rasa kecewanya di platform TikTok.

Menerusi sebuah video tular, rider yang dikenali sebagai Nizam berkongsi pengalamannya berdepan dengan pelanggan wanita yang berpakaian tidak sopan sewaktu mengambil makanan di rumah.

Baca juga: Dua Beradik Warga Emas Sedekad Tak Bertegur, Dipertemukan Semula Kerana Anak-Anak, Meruntun Hati!

RIDER KECEWA PAKAIAN PELANGGAN TIDAK SENONOH

tidak senonoh

Tangkap layar TikTok @gerab_nizam

Menurut Nizam, sebagai seorang penghantar makanan, dia berharap agar pelanggan terutamanya wanita lebih peka dan menjaga adab pemakaian ketika berurusan dengan orang luar.

Lebih-lebih lagi, apabila menyambut kehadiran orang asing di depan pintu rumah mereka.

“Dia macam inilah, masa order Grab kan awak boleh tahu saya dekat mana dan sampai bila. Tetapi kenapa tetap nak berpakaian tak senonoh bila ambil order? Kecewa rasa hati ini,” luah Nizam menerusi video berkenaan.

Tambahnya lagi, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku sepanjang dia berkhidmat sebagai penghantar makanan. Malah, ia telah berulang kali terjadi dan menimbulkan rasa tidak selesa.

Baca juga: Dr. Amalina & Suami Sambut Kehadiran Anak Kedua, Nama Aurora Sienna Jadi Pilihan!

Perkongsian Nizam mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya.

Ramai yang mengakui pernah berdepan situasi sama dan tidak menolak kemungkinan ada pelanggan wanita yang sengaja berpakaian menjolok mata dengan niat tertentu.

“Kadang itu mereka sengaja je bang. Saya pernah hantar order grab, pelanggan perempuan. Dia keluar pakai tuala sahaja. Bila dia tengok rider perempuan yang hantar, berubah riak mukanya kecewa,” komen seorang warga maya.

Malah, ada juga yang menceritakan pengalaman lebih ekstrem seperti diajak masuk ke rumah atau diberikan pandangan yang menggoda.

“Itu belum lagi pakai macam itu, bila keluar ambil makanan siap tanya tak nak masuk dulu ke minum air?” komen seorang pengguna TikTok.

Dalam masa yang sama, ramai juga yang mengingatkan para penghantar makanan agar sentiasa menjaga diri dan tidak mudah tergoda.

“Abang pemghantar makanan baik-baik jaga diri jangan ternoda dan tergoda. Ada keluarga ingat anak bini, bujang ingat mak ayah.

“Kalau tak perasan rider dekat mana kot lah sibuk dengan anak, rider dah hon terus sarung telekung tak smpai pun 2 minit. Apalah yang payah sangat,” antara nasihat ditinggalkan warga maya.

Baca juga: “Neraka Bukan Bahan Jenaka”, PU Syed Kecam Konten Video Tular Didakwa Persenda Agama

Nota penulis:

Meskipun hanya seketika, interaksi tersebut tetap menuntut sikap saling menghormati dan menjaga batas, khususnya dalam ruang interaksi ringkas seperti penghantaran makanan.

Baca juga: Subjek Bahasa Inggeris ‘A’ Tapi Gred CEFR Dapat ‘C’ Di Sijil SPM, Ini Sebab Kenapa Tak Sama

Sumber: TikTok @gerab_nizam

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×