Euforia Bola 2026
Famili

Rider Rempuh Pelajar Perempuan Depan Sekolah, Tak Hirau Pengawal Dah Angkat Bendera Merah!

REMPUH PELAJAR DEPAN SEKOLAH

Seorang penunggang motosikal rempuh pelajar depan sekolah kerana enggan berhenti walaupun pengawal keselamatan telah mengangkat bendera merah.

Menerusi video tular di media sosial, kejadian itu difahamkan berlaku ketika pelajar berkenaan hendak pulang dari sekolah.

Baca juga: Vivy Yusof Kembali Aktif Menulis Blog, Perlu Langgan USD5 Sebulan Kalau Peminat Nak Baca

‘RIDER’ REMPUH PELAJAR DEPAN SEKOLAH

REMPUH PELAJAR DEPAN SEKOLAH

Menerusi video berdurasi kurang 10 saat itu, dapat dilihat pengawal keselamatan sudah mengangkat bendera merah sebagai isyarat berhenti untuk kenderaan.

Kelihatan beberapa kenderaan lain sudah memberhentikan kenderaan selepas melihat pengawal keselamatan mengangkat bendera.

Namun, penunggang motosikal terbabit dilihat memecut tanpa memperlahankan kenderaan, lalu melanggar seorang pelajar perempuan yang sedang melintas di hadapan sekolah.

Video yang dimuat naik di Facebook milik Wazi Abdul Hamid itu pastinya dibanjiri komen warganet yang mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut.

Hal ini kerana dianggap cuai dan tidak berperikemanusiaan sehingga mengabaikan isyarat keselamatan di kawasan sekolah.

“Kawasan sekolah kena lebih peka. Dah tahu kenderaan kiri kanan mula perlahan, rider pun kena perlahan slow la juga. Kalau sekolah rendah, lagi perlu lebih berhati-hati,” komen pengguna media sosial.

Orang awam diingatkan untuk lebih bertanggungjawab terutama di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar tidak terjejas.

Baca juga: 3 Orang Cikgu ‘Kantoi’ Gosip Masa Rehat, Siap Mengata Pekerjaan Ayah Anak Murid!

Sumber: Facebook Wazi Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×