Euforia Bola 2026
Famili

“Jangan Salahkan Dia…” Bapa Maafkan Pak Cik Van & ‘Lepaskan’ Nur Aini Umairah Dengan Tenang

Nur Aini Umairah

Dalam kesedihan yang sukar digambarkan, bapa Allahyarham Nur Aini Umairah, 8, menjadi tumpuan apabila memilih untuk memaafkan pemandu van yang terlibat dalam kejadian tragis itu, sambil menyifatkan segalanya sebagai ketentuan Ilahi.

Bapa mangsa, Ahmad Fareez Khalid, 39, berkata dia sudah menerima ketentuan Ilahi walaupun kehilangan anak sulung yang amat disayangi.

Baca juga: “Saya Terlewat Beberapa Minit…” Ibu Luah Detik Pilu Kehilangan Anak 8 Tahun, Dilanggar Van Depan Sekolah

“JANGAN SALAHKAN PAK CIK VAN…” BAPA ALLAHYARHAM NUR AINI UMAIRAH

Nur Aini Umairah

Gambar NSTP/Alias Abd Rani: Bapa arwah Nur Aini Umairah, Ahmad Fareez ketika ditemui di HSNI.

“Kepada pak cik (pemandu van) yang melanggar anak saya, tidak mengapa, saya sudah memaafkannya,” katanya.

Menurutnya, tiada siapa perlu dipersalahkan kerana kejadian itu adalah takdir yang sudah tertulis.

“Sesuatu yang berlaku sudah tentu ada ketetapan, jadi kalau kita hendak menyalahkan seseorang pun tak boleh juga,…siapa nak bunuh orang?

“Untuk pak cik melanggar anak saya, saya sudah memaafkannya. Saya reda kerana setiap yang hidup ini sudah ada ketetapan dari Ilahi,” katanya ditemui wartawan ketika menuntut jenazah anak sulung daripada dua beradik di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), semalam.

Tambahnya lagi, dia berharap orang ramai tidak terus menyalahkan pemandu van terbabit.

“Permintaan saya ialah janganlah marah pada pak cik itu. Kalau kami sebagai ibu bapa sudah reda, takkan nak marah dia lagi,… kasihanilah pakcik itu,” katanya.

Ahmad Fareez turut berkongsi kenangan bersama arwah yang disifatkan sebagai anak ceria dan dekat di hati keluarga.

“Tapi apabila sampai satu tahap ini (kehilangan), ibu bapa pasti sedih. Kami ‘lepaskan’ Nur Aini Umairah dengan tenang, mudah-mudahan Allah SWT merahmatinya.

“Arwah gemar bersolek, kadang-kadang dia tengok YouTube dan dia tiru cara solekan. Kali terakhir arwah solek saya ketika kami membawanya berjalan-jalan ke Melaka minggu lalu.

“Itulah kali terakhir dan selepas ini, segala-galanya akan menjadi kenangan,” katanya yang cuba menahan sebak.

Baca juga: “Saya Mohon Maaf Gagal Kawal Emosi” – Guru Tadika Di Batu Pahat Didenda RM1200, Cubit Murid Hingga Lebam!

Nur Aini Umairah

Gambar Alias Abd Rani: Kamarul Nizam menunjukkan lokasi kejadian di hadapan SK Seri Maimon, Parit Sulong.

Orang awam kongsi detik bantu angkat jenazah

Dalam masa sama, seorang lelaki yang berada di lokasi kejadian turut berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika membantu menguruskan jenazah arwah.

“Saya tahan menangis ketika mengangkat jenazahnya kerana terbayang anak saya. Secara kebetulan, arwah sebaya dengan anak saya walaupun sekolah berlainan,” kata Kamarul Nizam Kamarudin, 36.

Menurutnya, dia tiba di lokasi kira-kira sejam selepas kejadian dan melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bergerak.

“Saya pun berhenti untuk melihat kejadian sebenar. Saya diberitahu ada murid meninggal dunia selepas dilanggar van ketika pulang ke sekolah.

“Saya tiba kira-kira sejam selepas kejadian dan orang ramai masih lagi berada di lokasi dan saya lihat adik Nur Aini Umairah sudah tidak bergerak.

“Dekat tangan arwah ada sehelai baju sukan, mungkin adik Nur Aini Umairah baru dapat baju baru sebab masih dibaluti plastik,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pada Selasa.

Katanya, dia kemudiannya membantu mengangkat jenazah selepas diminta pihak berkuasa.

“Saya yang pusingkan badan adik ketika itu, saya tidak boleh bayangkan keadaan dia seperti ini.

“Air mata saya hampir menitis kerana saya terbayang adik Nur Aini Umairah anak saya. Selepas selesai polis menjalankan siasatan, saya mengangkat jenazah arwah dan meletakkan dekat pondok pengawal supaya tidak berpanas,” katanya.

Menurutnya lagi, bantuan itu dilakukan secara sukarela kerana naluri seorang bapa tidak mampu membiarkan keadaan tersebut begitu sahaja.

“Itulah naluri seorang bapa, walaupun dia bukan anak kandung, tapi bila melihatnya saya tetap rasa seperti anak sendiri,” katanya lagi.

Baca juga: “Saya Doa Orang Nampak Dia Indah”- Tanda Lahir Bayi 13 Bulan Ini Jadi Perhatian, Ramai Puji Dilan Comel

Sumber: Berita Harian / Harian Metro

FT Image: Alias Abd Rani (1), (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×