Arahan rutin daripada pihak sekolah untuk menjalankan pemeriksaan mengejut iaitu spotcheck beg sekolah murid bertukar menjadi peringatan besar kepada ibu bapa apabila sejumlah telefon bimbit murid Tahun 6 ditemukan mengandungi kandungan tidak wajar.
Ini adalah berdasarkan perkongsian di laman Threads yang mendapat perhatian ramai!
Baca juga: Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025 Kini Dibuka, Bukan Cikgu Pun Boleh Mohon & Dapat Elaun!
CIKGU BUAT SPOTCHECK BEG SEKOLAH, RAMAINYA BAWA TELEFON BIMBIT!

Foto: Threads
Menurut seorang guru yang berkongsi pengalaman tersebut, pemeriksaan berkenaan dijalankan selepas arahan daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHem) bagi merampas semua peralatan tajam dan barangan terlarang.
“Dalam kelas saya (Tahun 3), hanya beberapa gunting dan mainan kecil dirampas. Tapi bila tengok hasil rampasan dari kelas Tahun 6, saya sendiri terkejut. Banyak telefon bimbit ditemui,” katanya.
Lebih membimbangkan, hasil semakan mendapati telefon berkenaan mengandungi gambar guru dan ustaz yang diedit serta dijadikan sticker WhatsApp, termasuk beberapa gambar tidak sesuai melibatkan rakan sebaya.
MAK AYAH TAK PERIKSA BEG ANAK TAKUT ANAK MERAJUK…

Foto hiasan.
“Murid yang memiliki telefon itu menangis bila dirampas. Ibunya pula mengakui tidak pernah memeriksa telefon anak dan takut untuk merampasnya kerana bimbang anak merajuk,” tambah guru berkenaan.
Beliau turut menegaskan, isu ini bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah, sebaliknya memerlukan peranan aktif ibu bapa dalam mengawal penggunaan telefon oleh anak-anak.
“Anak tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Namun, ibu bapa yang terlalu berlembut tanpa batas akhirnya menjadi ‘enabler’.
Telefon pintar tanpa kawalan ibarat membiarkan anak bebas di dunia maya tanpa pengawasan,” jelasnya.
Guru itu turut menyeru ibu bapa agar tidak melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah semata-mata.
“Sampai bila cikgu saja yang kena selamatkan anak-anak anda?” katanya.
*Perkongsian ini terus membuka mata ramai terutamanya dalam kalangan ibu bapa. Mungkin memang ada yang setiap hari akan memeriksa barang anak sebelum ke sekolah dan mungkin juga sebahagian ibu bapa yang meletakkan 100% kepercayaan terhadap anak-anak. Zaman sekarang dah lain, baik atau tidak baik anaknya tetap perlu diperiksa…
Baca juga: 15 Denda ‘Legend’ Zaman Sekolah 80-90an, Dulu Kena Berdiri Tengah Panas…Sekarang Jadi Cerita Lawak!
Sumber: Threads
