Euforia Bola 2026
Asuh

Realiti Anak Kedua Bukan Bayangan Si Sulung, Bukan Penjaga Si Bongsu, Dia Juga Layak Dihargai

anak nombor dua

Anak nombor dua sering kali menjadi watak senyap dalam sesebuah keluarga, tidak diraikan seperti anak sulung dan tidak dimanjakan seperti si bongsu. Dalam diamnya, mereka belajar untuk memahami dunia dengan cara yang berbeza iaitu lebih tenang, lebih memerhati tapi juga lebih terluka.

Perkongsian menyentuh hati oleh saudara Khairul Johari di Facebook membuka mata ramai tentang kisah anak kedua, yang lahir pada waktu ibu bapa masih sedang menyesuaikan diri dengan dunia keibubapaan.

Baca juga: Tak Sangka Bayi Baru Lahir Boleh Kena Jangkitan Herpes! Risikonya Lebih Serius Berbanding Orang Dewasa

ANAK NOMBOR DUA SERING TERLINDUNG DALAM BAYANG-BAYANG

anak nombor dua

Perkongsian tangkap layar oleh Khairul Johari di hantaran Facebook.

Saat perhatian masih tertumpu kepada si sulung, si anak kedua hadir dalam situasi di mana kasih sayang terpaksa dibahagi lebih awal daripada sepatutnya.

“Waktu anak pertama sakit, semua risau. Waktu anak kedua sakit, ‘nanti baiklah tu, dia kuat.’ “

Bukannya ibu bapa tidak menyayangi, tetapi ada yang secara tidak sedar terbiasa melihat anak nombor dua sebagai ‘yang akan okay’.

Mereka membesar dengan baju peninggalan abang atau kakak. Gambar bayi mereka boleh dibilang dengan jari. Sambutan hari jadi pun kadangkala sekadar cukup syarat atau dilupakan begitu sahaja.

Namun, anak nombor dua ini jugalah yang belajar berdikari lebih awal.

Mereka pandai membaca emosi, memujuk diri sendiri dan tahu bila perlu menahan cerita bila ibu atau ayah menjawab dengan, “Tunggu kejap, ibu tengah sibuk.”

Mereka jarang merungut, kerana mereka tahu tiada masa untuk mendengar. Tetapi mereka simpan semuanya dalam hati.

Baca juga: Tragedi Bayi Lemas Di Bawah Lengan Ayah, Ini 6 Tips ‘Simple’ Tapi Selamatkan Nyawa Anak Anda

“First time being a parent, but second child also first time being a child.”

Ayat ini menyentuh jauh ke dalam hati. Kita sering terlupa bahawa anak kedua juga berhak untuk melalui detik menjadi seorang anak sepenuhnya, bukan sekadar menjadi penjaga kepada si bongsu atau pelengkap kepada si sulung.

Anak nombor dua ini mungkin tidak selalu disanjung, tetapi merekalah yang selalu melindung. Mungkin tidak selalu dipeluk, tetapi merekalah yang paling rindu pelukan.

Bila mereka dewasa, mereka tidak menyimpan dendam, tidak mempersoalkan keadilan. Sebaliknya, mereka berdoa agar dapat menjadi ibu bapa yang tidak lupa rasa menjadi anak nombor dua.

Setiap anak itu unik

Setiap anak adalah dunia pertama dalam kehidupan kecil mereka. Sama ada mereka lahir dahulu atau kemudian, kasih sayang seharusnya tidak mengikut turutan angka.

Kerana yang paling diam, itulah kadangkala yang paling luka… tapi juga yang paling kuat bertahan.

Baca juga: Pernah Ada ‘Speech Delay’, Kini Usia 9 Tahun Aiman Minat Salin Ayat Al-Quran & Hasil Macam Karya Pakar!

Sumber: Khairul Johari

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×