Euforia Bola 2026
Famili

Mengalir Air Mata Bapa Allahyarham Zayn Rayyan, Hak Penjagaan Anak Kedua Diberikan Tanpa Syarat

BAPA ZAYN RAYYAN

Selepas melalui pelbagai episod duka dan proses perundangan panjang, bapa Zayn Rayyan akhirnya menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi membenarkan hak penjagaan anak kedua diberikan tanpa sebarang syarat tambahan mahupun bon.

Zaim Ikhwan Zahari, dilihat gagal menahan sebak selepas mahkamah membenarkan rayuan yang dikemukakannya untuk membatalkan syarat-syarat ketat yang sebelum ini dikenakan oleh Mahkamah Majistret.

Baca juga: Hampir 200 Pelajar Keracunan Makanan, Muntah & Pening Selepas Jamah Hidangan Percuma!

BAPA ZAYN RAYYAN DAPAT HAK PENJAGAAN ANAK

BAPA ZAYN RAYYAN

Kredit foto: Kosmo

Hakim Suriyati Hasimah Mohd Hashim dalam penghakimannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti keseluruhan dokumen serta mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Menurut beliau, perintah terdahulu yang dikeluarkan Mahkamah Majistret pada November tahun lalu termasuk bon RM2,000 dan 14 syarat pengawasan selama tiga tahun kini dibatalkan sepenuhnya.

Mahkamah turut memaklumkan bahawa pihak responden masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Pada November 2025, Mahkamah Majistret memerintahkan kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dipulangkan kepada bapanya selepas hampir 18 bulan berada di bawah jagaan nenek saudara serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Namun ketika itu, mahkamah menetapkan beberapa syarat ketat termasuk kanak-kanak tersebut tidak boleh ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa.

Selain itu, bapanya juga diarahkan memastikan anak berkenaan menerima pendidikan dan terapi yang bersesuaian memandangkan dia turut berada dalam spektrum autisme.

BAPA ZAYN RAYYAN

Malah, keluarga itu turut diwajibkan menetap di alamat yang ditetapkan mahkamah dan perlu memaklumkan kepada JKM sekiranya berpindah ke lokasi lain.

Sementara itu, peguam Lavanesh Haresh Mahadevan menyifatkan keputusan tersebut sebagai satu perkembangan positif buat keluarga berkenaan.

Dia turut berharap rayuan melibatkan hukuman penjara terhadap ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, juga dapat dipertimbangkan agar keluarga itu dapat kembali hidup bersama.

Terdahulu, pada Oktober 2025, Ismanira Abdul Manaf dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya selepas didapati bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak autistiknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.

Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan sebelum memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa serta-merta.

Baca juga: “Layan Macam Anak Sendiri”- Bukan Sekadar Pengasuh, Setiap Hari Wanita Ini Masak Menu Sedap Sedap Untuk Anak Asuhan

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×