Dua beradik, Aesha Khadeejah Anuar dan adiknya Uwais Al Qarni, 8 tahun, yang sebelum ini mencuri perhatian apabila menyerahkan duit raya kepada Perdana Menteri di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), kini menerima hadiah istimewa daripada PM Anwar Ibrahim sebagai tanda penghargaan.
Kejadian ini bukan sekadar pertemuan spontan, tetapi turut menyerlahkan nilai kasih sayang, kejujuran dan penghargaan yang lahir daripada hati seorang kanak-kanak.
Baca juga: “Walaupun Kecil, Cukup Bermakna” — Comelnya! PM Terima Duit Raya RM7 Daripada Dua Kanak-Kanak
PM ANWAR HADIAHKAN TABLET DAN IQRA BUAT DUA BERADIK SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN

Foto: Facebook Anwar Ibrahim
Sebelum ini, dua beradik, Aesha Khadeejah Anuar dan adiknya Uwais Al Qarni, mencuri perhatian apabila menyerahkan sampul duit raya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
Kedua dua beradik tersebut turut menyerahkan duit raya iaitu sebanyak RM 7 ringgit yang disimpan kepada Perdana Menteri sebagai tanda keikhlasan.
PM Anwar juga sempat berinteraksi dengan dua beradik tersebut di kawasan pagar lapangan terbang.
TERIMA PENGHARGAAN DARIPADA PM

Foto: Facebook Anwar Ibrahim
Sebagai tanda penghargaan, pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) telah mewakili Perdana Menteri dengan menyampaikan sumbangan berupa tablet, buku Iqra, wang tunai serta beg sekolah kepada dua beradik tersebut.
Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkongsi momen berkenaan di media sosialnya, menyatakan bahawa sudah lama beliau tidak menerima duit raya dan amat tersentuh dengan keikhlasan yang ditunjukkan.
Peristiwa ini memperlihatkan bahawa nilai murni seperti keikhlasan, penghargaan dan kasih sayang masih subur dalam kalangan generasi muda.
Kisah dua beradik ini bukan sekadar berita pertemuan dengan Perdana Menteri, tetapi sebuah sifat kemanusiaan yang menggambarkan nilai keikhlasan dalam masyarakat.
Dalam dunia moden kini, momen seperti ini mengingatkan bahawa nilai murni masih hidup dalam diri generasi muda.
Baca juga: “Sedekah Masjid Pun RM1”- Isu Duit Raya Hanya RM3 Cetus Perbincangan Hangat, Netizen Tegur Suruh Bersyukur
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim
FT Images: Facebook Anwar Ibrahim
